Bagi yang berkemampuan, pasti tidak mempunyai banyak masalah kerana mampu untuk pergi ke pusat rawatan rambut dan menggunakan produk-produk rambut yang berkualiti di pasaran. Bagi yang kurnag berkemampuan, dibawah ini saya ingin berkongsi cara penjagaan rambut agar sihat berkilau tanpa menggunakan modal yang banyak. Cara-caranya adalah :
1. Amalkan gaya hidup sihat.
Kepada perokok, hentikanlah tabiat tersebut kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Kulit yang kering jika tidak dirawat boleh menyumbang kepada keguguran rambut. Bahan kimia yang terkandung dalam rokok juga menyumbang kepada kerosakan dan keguguran rambut.
2. Lakukan olahraga secara teratur, makan makanan dengan gizi yang seimbang dan gunakan teknik relaksasi (istirehat) untuk meredakan stress. Cara ini dapat memelihara kesihatan badan dan minda yang juga menyumbang kepada kesihatan rambut.
3. Tidur dengan nyenyak setiap malam
Tidur yang nyenyak dan cukup akan melancarkan peredaran darah dan merehatkan minda. Ia mampu untuk mengelakkan rambut anda menjadi kusam.
4. Jika anda menggunakan produk untuk penataan rambut, pastikan ia tidak mengandungi alkohol yang tinggi. Juga elakkan dari menyapu bahan tersebut terus ke kulit kepala kerana ini akan menyebabkan pori-pori kulit kepala tertutup yang boleh mengakibatkan rambut rosak.
5. Sekiranya anda ingin mengunjungi kolam renang, pastikan anda membasahkan rambut terlebih dahulu dengan air biasa dan juga memakai pelindung kepala. Selepas keluar dari kolam renang juga anda harus terus membasuh rambut anda dengan air biasa. Ini kerana kebiasaannya air di kolam mandi mempunyai kandungan klorin yang tinggi yang tidak bagus untuk rambut anda.
6. Gunakan pengering rambut dengan setting yang sederhana.
Udara panas dari alat pengering rambut boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan rosak. Oleh itu jika anda ingin menggunakan alat pengering rambut, pastikan anda set ke tahap yang sederhana dan elakkan dari menghalakan pengering rambut tersebut terus menerus ke satu tempat. Sebelum menggunakan pengering rambut, gosokkan rambut yang basah dengan tuala terlebih dahulu.
7. Gunakan sikat rambut yang bersih.
Seeloknya bersihkan sikat anda dengan menggunakan sabun atau syampu secara teratur. Jika boleh gunakan sikat yang diperbuat dari kayu kerana sikat ini boleh mengelakkan rambut dari mudah putus.
8. Bagi yang mempunyai rambut panjang, elakkan dari menyikat rambut ketika ia basah. Uraikan dahulu hujung rambut, dan kemudian barulah bahagian atas. Jangan sesekali menguraikan rambut yang kusut dari atas ke bawah kerana ia akan menyebabkan rambut banyak terputus.

3 comments:
huhu..
rambut TK dh beruban la kak..
like it..
kongsi petua kat sini jugak
http://tropicabioherbkuantan.blogspot.com/
Post a Comment