Thursday 24 March 2011

Penjagaan kulit wajah seiring usia

Kecantikan dan kulit saling berkait rapat.  Kulit terdiri dari beribu sel dan setiap satu daripadanya mengandungi membran, protein serta teras utama yang mempunyai pelbagai fungsi.  Lapisan atas kulit atau epidemis biasanya sangat aktif menghasilkan kulit baru, namun proses tersebut akan semakin berkurangan seiring peningkatan usia.  Jesteru, bagi memelihara kecantikan kulit, sesuaikan keperluan wajah seiring dengan usia anda.

Penjagaan kulit mengikut kumpulan usia

USIA DUA PULUHAN

Dalam fasa umur 20-an, kondisi kulit wajah sukar untuk diduga terutamanya ketika bangun tidur.  Ketika inilah masalah jerawat, kulit kering atau bintik hitam timbul.  Oleh itu anda disarankan menggunakan produk-produk yang boleh mengatasi iritasi kulit.  Ketika usia ini anda tidak perlu lagi menggunakan krim antikedutan.



Pembersih wajah
  • kulit normal - gunakan pembersih muka yang lembut
  • kulit berminyak - gunakan pembersih muka dalam bentuk gel
  • kulit kering - gunakan pembersih muka yang mengandungi pelembab

Pelambab
  •  Pastikan pelembab anda mengandungi SPF15 atau 20 yang mampu melindungi kulit daripada UVA dan UVB.  Aplikasikan ke seluruh wajah dan leher.
Krim malam
  • Gunakan pelembab yang mengandungi air dan bebas minyak.  Sebelum tidur, aplikasikannya di seluruh wajah dan daerah bawah mata.  Diusia ini andan tidak memerlukan krim mata.

USIA TIGA PULUHAN

Dalam fasa memasuki usia 30-an, anda mula menyedari munculnya garis-garis kedutan terutamanya di sekitar mata dan mulut.  Pada usia ini anda memerlukan penjagaan kulit yang lebih rapi.

Pembersih wajah
  • Pagi - gunakan pembersih yang mengandungi alpha hydroxy asids (AHAs).
  • Malam - bersihkan wajah menggunakan creamy cleanser.
Pelambab
  • Pastikan pelembab anda mengandungi SPF 15 atau 20 dan mengandungi antioksidan, pomegranate dan vitamin C yang mampu melindungi kulit daripada radikal bebas.  Ketika usia ini anda disarankan afar menggunakan krim mata setiap hari.  Sebagai pelembab tambahan, gunakan produk yang mengandungi hyaluronic acid.
USIA EMPAT PULUHAN (40-AN)

Dalam fasa 40-an pula, kelembapan dan keanjalan kulit akan semakin berkurangan.  Kekurangan kolagen pada kulit membuatkan wajah agak kusam dan kurang bercahaya.

Pembersih wajah
  • Pagi dan malam gunakan pembersih wajah yang lembut dan berbentuk krim.
Pelambap
  • Gunakan pelembab yang mengandungi SPF 15 atau 20 dan serum.  Pastikan ia juga mengandungi antioksidan seperti lycopene, green tea atau kacang soya.  Gunakan secara bergantian kerana setiap antioksidan mengatasi masalah berbeza.  Bagi kulit kering, gumakan pelembab dalam bentuk krim yang mengandungi hyaluronic acid, petro latum dan shea butter.




5 comments:

eMMe said...

Assalam CempakaMelati~ leh rekemen tak, ape product yg sesuai utk umur 30an seperti saya? mesti CM lebih arif tentang kecantikan kan...n sure CM ni cantik org nye, maklum lah, byk en3 petua2 dipaparkan...tQ sharing the Info...

nisa said...

Alhamdulillah, nisa xde masalah kulit dr kecik sampai skrg,mungkin berkat didikan mak dan nenek dr kecik minum jamu...

Misz-ella said...

Alhamdulillah .. kakchik tak da masalah kulit yg serius. sesekali berbintik tu biasa.

sud@is said...

tq bc info pasal kilit...

Cempakamelati said...

eMMe - saya tak cantik, biasa saja..apa yang saya tulis ni adalah dari pembacaan saya. Blog ni adalah umpama buku catatan saya...Catatan Cempakamelati. Apa yang saya jumpa dan saya rasa menarik, saya catatkan untuk kegunaan bila perlu. Disamping itu, kongsi bersama pembaca semua. Tak semua saya amalkan lagi. Saya juga tak pandai sangat pasal kecantikan ni.