Jumlah tidur yang cukup adalah amat penting untuk melalui kehidupan yang sihat dan sempurna. Tidur yang cukup amat penting dalam penyediaan dan pembentukan rangkaian saraf. Ia juga membantu perkembangan kelakuan dan menggalakkan pertumbuhan minda yang pesat.
Jika kita kurang tidur kita akan mengalami kesan yang negatif antaranya sukar memberi tumpuan kepada sesuatu perkara, tidak mampu membuat keputusan yang baik, dan kerap mengalami gangguan emosi tanpa sebab yang jelas.
Tidak mengira usia, setiap individu bermula sama ada bayi, kanak-kanak sehinggalah dewasa, semuanya memerlukan tidur yang cukup setiap hari bagi menjamin kehidupan yang lebih berkualiti. Menurut satu kajian yang dijalankan di National Sleep Foundation di Amerika Syarikat menunjukkan individu dewasa yang tidur antara 6.5 jam sehari mampu hidup lebih baik jika dibandingkan dengan mereka yang tidur lebih dari 8 jam atau kurang dari 6.5 jam sehari.
Jumlah waktu tidur yang diperlukan seseorang itu adalah berbeza dan bergantung kepada faktor usia, baka dan jumlah tidur pada hari yang sebelumnya. Bayi dan kanak-kanak memerlukan tidur yang lebih panjang.
Menurut perunding utama psikologi Child-Pysch Dr. Edward Chan, apabila seseorang kurang tidur, sel dan sarafnya tidak dapat direhatkan sepenuhnya dan ini akan mengakibatkan kerosakan otak dalam jangka panjang. Lebih membimbangkan apabila kerosakan otak itu kadangkala tidak dapat dipulihkan dan individu terbabit turut mengalami masalah berkaitan dengan tumpuan atau pemprosesan maklumat.
Bayi, kanak-kanak mahupun dewasa yang tidak dapat tidur secukupnya mudah marah dan mengalami perubahan emosi yang tidak menentu, cepat sedih, murung serta kurang motivasi. Golongan itu mungkin juga mengalami masalah untuk memberi tumpuan pada satu-satu perkara, gagal dalam pembelajaranatau sentiasa berasa tertekan tanpa sebab munasabah.
Kekurangan tidur yang menyebabkan keletihan mental dan fizikal akan mendatangkan pelbagai impak negatif pada perkembangan otak dan minda sehingga otak tidak mampu menjalankan tugas penting.
Kekurangan tidur bagi orang dewasa boleh mengundang masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, lebihan berat badan, mudah dijangkiti kuman, diabetes dan penyakit jantung.
Bagi bayi dan kanak-kanak pula kekurangan tidur akan menyebabkan mereka sentiasa meragam, mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit dan tidak ceria.
Tidur yang cukup dan nyenyak menjadikan kehidupan seseorang lebih berkualiti dan mampu menjalankan tugas harian dengan baik dan boleh berfikir dengan lebih baik.

1 comment:
tq for info,,
mmg betul klu kurang tidur tak fokus pd keesokan harinya,,,
Post a Comment