Thursday, 11 December 2014

Katak dan hujan


Ku lihat langit mendung semakin gelap. Ada tanda tanda akan hujan lebat. Aku diam..... mendengar bunyi sekeliling.. dari bunyi yang paling kuat hingga bunyi yang paling perlahan. Aku hairan dan berfikir... Kenapa tiada satu suara katak pun yang kedengaran ketika ini. Kenapa ya!!!!

Aku teringat lirik lagu bangau oh bangau.  Antara bait liriknya adalah  'hujan oh hujan, kenapa engkau turun.  macam mana aku tak turun.. katak panggil aku.. katak panggil aku.  Tapi tak der pun bunyi katak semasa hujan nak turun !! Kenapa!!



Pada masa yang lepas lepas...aku dengar bunyi katak ... semasa hujan dah renyai renyai iaitu semasa hujan hampir berhenti.  Pada masa itu lah baru katak berbunyi. Aku terfikir...kenapa orang salah kan katak bila hujan turun... Kenapa???? Ada sesiapa yang boleh bagi jawapan??!!

Pada fikiran ku lah... katak berbunyi untuk minta hujan berhenti. Sebab tu lah dia berbunyi pada masa hujandah mula reda. Minta hujan jangan turun lagi.  Cukuplah jumlah hujan yang dah turun ni..mungkin itu yang katak cakap.

Hmmmmm!!! Betul ke?

No comments: