Perubatan tradisional Cina menggunakan pelbagai produk semula jadi untuk merawat penyakit, termasuk Cordyceps Sinensis. Cordyceps sinensis, yang juga dikenali sebagai kulat Cina Caterpiller adalah tumbuhan dalam kelompok keluarga ergot. Di China, herba yang amat jarang ditemui ini dikenali sebagai dong chong xia chao (cacing musim salji, rumput musim panas). Ia juga dikenali sebagai Aweto di China dan Tibet, dan sebagai Yarchagumba di Tibet. Berada dalam kategori kulat, kandungan nutrien dan bahan aktif yang terkandung dalam Cordyceps mempunyai pelbagai sifat farmakologi berkaitan dengan hampir setiap sistem dalam tubuh manusia.
Cordyceps Sinensis adalah spesies tenggara pergunungan China yang hanya terdapat di atas ketinggian 2000 meter. Spora Cordyceps sinensis ditaburkan oleh angin selepas ia matang pada akhir musim luruh. Ia hinggap, menjangkiti dan perlahan-lahan memakan larva Hepialidae menggunakan akarnya. Cordyceps sinensis membesar dan matang di dalam serangga tersebut sambil menyerap semua nutrien dan tisu lembut dalam larva. Secara beransur-ansur larva itu mati dan muncullah Cordyceps sinensis yang telah bersatu dengan larva dari tanah, berkembang daripada dahi larva. Panjang, badan Cordyceps sinensis biasanya menjangkau 3-5cm. Cordyceps sinensis mengambil masa kira-kira enam tahun untuk melengkapkan kitaran hayatnya. Oleh itu, Cordyceps sinensis semulajadi adalah sangat jarang di temui dan mahal harganya.
Pengamal perubatan herbology tradisional Cina dan pengamal perubatan kuno percaya ia adalah penawar yang mujarab untuk semua penyakit. Walau bagaimanapun, selama berabad-abad lamanya Cordyceps hanya digunakan eksklusif untuk maharaja kerana kekurangan jumlahnya dan harga yang tinggi. Cordyceps sinensis sentiasa dianggap ejen utama dalam budaya Cina.
Penggunaan Cordyceps dalam perubatan China mula direkodkan dalam "Ben-Cao-Cong-Xin" (Kompilasi baru Material Perubatan) oleh Wu-Yiluo semasa zaman Dinasti Qing. Orang China menggunakan Cordyceps sejak lebih 3000 tahun lalu untuk merawat masalah paru-paru, hati, jantung, penyakit buah pinggang, merawat barah, melegakan sakit, meningkatkan kesihatan dan untuk panjang usia. Cordyceps dijadikan ramuan herba utama dalam sejarah Maharaja China untuk menguatkan badan, merawat masalah mati pucuk, kelesuan akibat penyakit dan sakit badan.
Cordyceps juga digunakan oleh Maharaja di istana kerana ia mempunyai sifat-sifat ginseng seperti mengisi kembali kesihatan tubuh, iaitu digunakan untuk menguatkan badan selepas keletihan atau penyakit jangka panjang, untuk impotensi, hyposexuality, neurasthenis, sakit punggung, keletihan, berpeluh malam, hiperflikemia, penyakit pernafasan, disfungsi ginjal, gagal ginjal, aritmia, penyakit jantung, penyakit hati, meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit, penenang fikiran, menghilangkan batuk, amenia, insomnia dan menyembuhkan dari ketagihan candu.
Dengan kemajuan zaman moden dan evolusi teknologi, satu kejayaan perubatan ditemui oleh Microenvironment Control Technology Research Center of Research Institute of Tsinghua University, Zhejiang Yangtze River Delta apabila mereka berjaya melakukan penanaman semula dan pembiakan 'badan berbuah' dari Cordyceps sinensis segar.
Kejayaan ini telah dipatenkan oleh mereka. No. paten : WO2005/058022A1. Cordyceps yang dihasilkan mengandungi asid amino, vitamin, dan kaya dengan polisakarida, lemak cordycepic (D-menthol). adenosin dan adenine, 100% bebas dari bahan pewarna buatan, perasa, racun perosak dan syntheticingredients. Dengan bio-technologi terkemuka dan nutrisi unik dalam persekitaran yang terkawal, terhasillah pembentukan stoma organik. Ia mempunyai 30 kali lebih nutrisi jika dibandingkan dengan Cordyceps liar.
Cordyceps kini boleh didapati di pasaran. Ia datang dalam pelbagai bentuk pilihan, sesuai untuk di gunakan oleh semua yang ingin meningkatkan kesihatan dan kehidupan.
Sumber : Wikipedia dan Asia Herbal Biotech Sdn. Bhd.

No comments:
Post a Comment