Friday 18 March 2016

Boboiboy The Movie




Pada hari Khamis lepas iaitu 17 Mar 2016 aku dan anak aku yang berumur 7 tahun pergi menonton cerita Boboiboy The Movie di The Strand Kota Damansara.  Aku bertuah kerana sampai pada pukul 11.00 pagi.  Pada masa tu tayangan pukul 11 belum mula.  Pawagam baru menayangkan iklan.  Jadi aku terus beli tiket,  1 untuk dewasa dan 1 untuk kanak-kanak dan segera masuk ke pawagam.



Sepanjang tayangan cerita Boboiboy tersebut, anak aku sangat ceria dan gembira.  Gelak tawanya sungguh mengembirakan aku.  Nampak seronok sekali dia menikmati cerita tersebut.  Jalan cerita memang sangat best.  Kualiti gambar dia memang sangat "smooth" dan cantik.  Syabas pada semua yang terlibat di dalam penerbitan filem tersebut.  Saya dan anak saya memang berpuas hati.  Saya bagi 5 bintang.




Kepada yang belum pergi tu, luangkanlah masa bersama anak-anak menonton filem tersebut.  Anda dan anak-anda pasti akan berpuas hati.





No comments: