Monday, 22 October 2012

Aksesori baru tablet anak saya

Saya selalu membawa anak saya yang berumur 3 tahun ke tempat suami saya berniaga iaitu di Bukit Jelutung Shah Alam.  Di sana tiada kanak-kanak yang sebaya dengannya untuk bermain.  Oleh itu saya bekalkannya Tablet sebagai peleka ketika kami menjalankan perniagaan.

Kebiasaannya tablet itu digunakan untuk bermain permainan sambil belajar 'Baby Bus' dan juga untuk menonton Televisyen.  Selain dari itu ia juga digunakan untuk menonton cerita kartun seperti Snow White, Cinderella, Mickey Mouse Clubhouse dan banyak lagi di Youtube.

Kadangkala kualiti audio cerita-cerita yang disiarkan di Youtube adalah rendah dan sangat perlahan untuk didengar terutamanya ketika suasana sibuk dan ramai orang.  Oleh itu saya terfikir untuk membeli speaker tambahan untuk tablet tersebut.

Semalam (21 Oktober 2012) saya telah menemani adik saya ke Alam Sentral, Shah Alam untuk mencari aplikasi yang diperlukannya untuk Forex Forum dan blog.  Dalam perjalanan balik (masih di Alam Sentral) kami telah tertarik dengan satu kedai yang mempamerkan berbagai jenis speaker kecil dan comel.  Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan.  Setelah  meneliti reka bentuk dan mendengar kualiti audio spekar-speaker tersebut kami membuat keputusan untuk membeli speaker yang mempunyai kualiti 'base' yang sedap didengar.  Nak tahu macam mana rupa spekar yang saya beli?

Saturday, 20 October 2012

Cara Neil Patel Bangunkan Business Internet


Neil Patel adalah seorang usahawan internet yang berjaya dan pakar dalam pemasaran SEO.  Beliau adalah pengasas dua laman web iaitu CrazyEgg dan KissMetriks.

Berikut adalah 5 prinsip perniagaan beliau:

1.  Buat duit secepat mungkin
  • Duit adalah amat penting untuk perniagaan kita terus bernafas.  Adalah penting untuk kita memperoleh duit dalam masa yang singkat selepas kita membuat keputusan untuk membangunkan sebuah perniagaan.
2.   Blog sebagai pemikat pelanggan
  • Blog tersebut mestilah menggunakan blog berbayar iaitu menggunakan domain.com sendiri.  Dengan hanya fokus kepada blogging, keuntungan yang boleh didapati adalah berlipat kali ganda.  
  • Blog adalah alat pemasaran berkos rendah.  Maklumat yang boleh diterbitkan diblog adalah:
    1. Cara menggunakan produk kita
    2. Diari perniagaan semasa 
    3. Penerbitan testimonial-testimonial pelanggan.

Wednesday, 17 October 2012

5 ilmu emas dalam bidang pemasaran

Apabila saya mengetahui bahawa pemilik syarikat Haniz Frozen Food iaitu Yuhaniz Mohd Satari (rujuk artikle 16 Oktober 2012) dapat mengembangkan, memajukan dan melebarkan sayap perniagaannya dengan begitu pesat sekali dan dalam masa yang singkat dengan mengamalkan ilmu yang didapatinya dari Seminar yang dianjurkan oleh En. Azizan, saya terpanggil untuk menyetahui apakah rahsia di sebaliknya.  Oleh itu saya membaca Majalah Niaga Edisi Khas yang menemubual En. Azizan Osman.

Di bawah ini adalah isi-isi penting yang boleh kita dapati dan simpulkan dari temubual tersebut:

  1. Bagaimana sebuah perniagaan boleh mendapat untung 1 juta dengan hanya menggunakan teknik pemasaran berkos rendah.
  2. 3 jenis bidang perniagaan untuk golongan yang masih keliru tetapi mempunyai niat memiliki perniagaan.
  3. Prinsip hidup En. Azizan Osman yang menyebabkan mentee-menteenya mencapai status jutawan dalam bidang yang diceburi.
  4. Bagaimana satu sikap yang dikongsikan beliau dapat menjadikan sesiapa sahaja yang hidup biasa-biasa menjadi luar biasa.
  5. Stratergi-stratergi pemasaran berkesan yang mudah dipraktikkan dalam kurang 60 saat.

Tuesday, 16 October 2012

Hebatnya perniagaan Haniz Rich Frozen

Saya mengenali pemilik syarikat Haniz Rich Frozen iaitu Yuhaniz Mohd Satari dah lama kerana beliau adalah adik ipar saya.  Beliau telah menceburi berbagai-bagai jenis perniagaan sebelum ini iaitu seperti perniagaan menjual baju menggunakan katalog, menjual kuih raya, menjual korset kesihatan dan berbagai-bagai lagi.  Setiap kali beliau memulakan perniagaan baru, selalunya beliau akan menjual produk tersebut kepada saya.  Semua perniagaan tersebut biasa-biasa saja.

Pada suatu hari iaitu dalam tahun 2012 ini juga beliau telah menubuhkan syarikat Haniz Rich Frozen dan memulakan perniagaan dengan menjual Pau Power.  Pau Power adalah sejenis makanan sejuk beku.  Beza pau ini dari pau yang lain ialah ia mengandungi fiber iaitu satu bahan yang di ketahui ramai baik untuk kesihatan kerana ia baik untuk sistem penghadaman dan juga berfungsi menyerap lemak.  Ianya juga gebu dan mempunyai rasa yang sedap.

Friday, 12 October 2012

Kanser serviks (Barah pangkal rahim)


Merujuk kepada artikle yang ditulis oleh Hidayatul Akmal Ahmad di Metro Ahad 30 September 2012, kanser serviks atau barah pangkal rahim adalah kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita.  Golongan yang berisiko tinggi adalah yang berumur 45 hingga 60 tahun.  Selain dari itu, mereka yang sering bertukar-tukar pasangan dalam melakukan hubunan seks juga mempunyai risiko yang tinggi.

Tanda dan gejala kanser serviks
  • Pendarahan ketika melakukan hubungan seks
  • Pendarahan pada pertengahan bulan
  • Pendarahan selepas menopaus
  • Keluar lendir berdarah yang busuk dari faraj
  • Sakit ketika melakukan hubungan seks

Monday, 8 October 2012

Khasiat teh


Menurut artikel yang ditulis oleh Faizatul Farlin Farush Khan di Harian Metro 4 Oktober 2012, semua jenis teh sama ada teh hijau, hitam, merah mahupun putih mempunyai banyak khasiat.

Teh mengandungi bahan antioksidan yang tinggi.  Ia juga mengandungi vitamin C dan E serta keratenoid dan flavonoid.  Bahan-bahan tersebut mampu mewujudkan pertahanan dan perlindungan kepada kulit dari elemen-elemen yang boleh merosakkannya iaitu dari persekitaran dan pemakanan. 

Peranan vitamin C yang mengurangkan pengeluaran pigmen melanin kulit dan membantu proses sintesis kolegen dapat menjadikan kulit lebih cerah dan berseri serta dapat mengurangkan kedutan dan memperbaiki struktur kulit.

Vitamin E pula adalah antioksiden yang berkuasa dan mampu menghalang radikal bebas dari bertindak merosakkan kulit.  Keupayaannya memperbaiki tekstur kulit turut diperkuatkan dengan kehadiran vitamin C.

Sunday, 7 October 2012

Penyakit jantung - Peragut nyawa nombor 1

Mengikut maklumat yang saya baca dari Metro Sihat bertarikh 30 September 2012, ke dua-dua lelaki dan wanita mempunyai risiko yang sama untuk menghidap penyakit jantung iaitu penyakit nombor 1 yang menyebabkan kematian di seluruh dunia.  Wanita jarang mendapat penyakit jantung ketika masih subur kerana mereka dilindungi oleh hormon estrogen yang tinggi.  Ketika telah mamasuki farsa menopaus, risiko mereka untuk menghidapi penyakit jantung adalah sama dengan lelaki.

Faktor paling tinggi yang menyumbang kepada penyakit jantung ialah penyakit diabetes mellitus (gangguan metabolisma karbohidrat yakni apabila gula dalam tubuh tidak dioksidasikan untuk menghasilkan tenaga kerana kekurangan hormon pankreas insulin) yang menjadi 'ibu' kepada penyakit kardiovaskular.

Pesakit-pesakit jantung ini pada peringkat awal, ramai yang kurang menyedari mereka menghidapi penyakit tersebut kerana ia tidak memberi isyarat awal dan sukar untuk dikesan.  Simptom-simptom awal juga adalah berbeza.  Ada yang kebas tangan kiri hingga ke tengkuk dan kadangkala hingga ke bahagian tengah dada.