Wednesday 17 October 2012

5 ilmu emas dalam bidang pemasaran

Apabila saya mengetahui bahawa pemilik syarikat Haniz Frozen Food iaitu Yuhaniz Mohd Satari (rujuk artikle 16 Oktober 2012) dapat mengembangkan, memajukan dan melebarkan sayap perniagaannya dengan begitu pesat sekali dan dalam masa yang singkat dengan mengamalkan ilmu yang didapatinya dari Seminar yang dianjurkan oleh En. Azizan, saya terpanggil untuk menyetahui apakah rahsia di sebaliknya.  Oleh itu saya membaca Majalah Niaga Edisi Khas yang menemubual En. Azizan Osman.

Di bawah ini adalah isi-isi penting yang boleh kita dapati dan simpulkan dari temubual tersebut:

  1. Bagaimana sebuah perniagaan boleh mendapat untung 1 juta dengan hanya menggunakan teknik pemasaran berkos rendah.
  2. 3 jenis bidang perniagaan untuk golongan yang masih keliru tetapi mempunyai niat memiliki perniagaan.
  3. Prinsip hidup En. Azizan Osman yang menyebabkan mentee-menteenya mencapai status jutawan dalam bidang yang diceburi.
  4. Bagaimana satu sikap yang dikongsikan beliau dapat menjadikan sesiapa sahaja yang hidup biasa-biasa menjadi luar biasa.
  5. Stratergi-stratergi pemasaran berkesan yang mudah dipraktikkan dalam kurang 60 saat.
 Mengikut En. Azizan, sebenarnya kejayaan itu bukan bergantung pada sama ada seseorang itu usahawan atau tidak.  Bagi permulaam sesuatu perkara adalah ketahanan minda atau sikap (attitude).

 Bagaimana sebuah business boleh untung 1 juta dengan hanya teknik pemasaran ber kos rendah


1.  Sikap yang positif
  • Sikap yang positif akan membawa hasil yang positif.  Untuk membina usahawan yang berjaya, kita harus bermula dengan pembinaan sikap.  Jika sikap kita bagus, apa sahaja yang kita lakukan pasti akan memberikan hasil.  
  • Sikap yang sentiasa membuka peluang untuk mengembangkan diri kita dan mewujudkan rasa sukar hendak mengalah.
  • Berhenti dari menyalahkan orang lain, produk atau perkhidmatan.
  • Dalam apa keadaan juapun, kita harus masih boleh senyum.  Contohnya:  Jika ada orang kata "tidak mahu" apabila kita ingin menjual produk kita kepada mereka, kita mempunyai pilihan sama ada menangis bawah pokok sepanjang hari atau kita senyum dan mengucapkan terima kasih.
 2.  Membantu dan menyelesaikan masalah orang ramai
  • Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, menurut En. Azizan, minat semata-mata tidak mencukupi.  Permulaan untuk menjadi usahawan yang berjaya adalah membantu dan menyelesaikan masalah orang ramai.  Minat boleh dipupuk. 

3.  Guerilla marketing
  • Guerilla marketing bermaksud kita melakukan pemasaran tanpa mengira apa alat yang kita ada, modal dan sebagainya, iaitu ia semudah senyuman.
  • Teknik gerilla sangat bagus khususnya untuk para usahawan baru kerana ramai usahawan baru tidak mempunyai modal yang banyak untuk melakukan pengiklanan besar-besaran.
  • Pemasaran bukan pengiklanan.  Ia adalah keseluruhan iaitu apa sahaja yang boleh membuat orang hendak tahu atau hendak berkenalan dengan kita.  Pemasaran adalah cara kita berkomunikasi dengan orang dan kongsi apa yang kita buat.  
  • Kita juga melihat pemasaran lebih besar dan holistik (meluas).  Seperti komando dalam peperangan, apa sahaja alat yang kita ada kita akan gunakan, janji kita boleh menang dan boleh terus hidup. 

3 jenis bidang perniagaan untuk golongan yang masih keliru tetapi mempunyai niat memiliki perniagaan

1.  Makanan dan minuman
  • Ia adalah semudah membeli keropok ikan yang belum digoreng.  Beli banyak-banyak keropok ikan tersebut, goreng dan masukkan ke dalam plastik.  Kemudian boleh la dijual.  Perniagaan ini hanya memerlukan modal yang kecil dan mendapat pulangan yang cepat.

2.  Pakaian
  •  Apa saja jenis pakaian seperti pakaian kanak-kanak, pakaian orang dewasa, pakaian lelaki, pakaian perempuan dan sebagainya.  Pilihlah dan fokus dalam satu jenis pakaian buat permulaan. Kenapa pakaian? Kerana manusia suka membeli baju terutamanya wanita.



3.  Barangan kesihatan dan kecantikan
  • Produk kecantikan dan kesihatan tersebut mesti tidak ada masalah jangkapanjang iaitu ia tidak mengandungi bahan yang merbahaya.  Tidak semestinya produk tersebut kita keluarkan sendiri.  Kita boleh menjadi agent untuk perniagaan seperti ini.  






Penjenamaan dan pemasaran

  • Jenama dan pemasaran adalah kembar siam.  Ia tidak boleh diasingkan atau dilihat sebagai berasingan.  
  • Pemasaran yang bagus sangat bergantung kepada jenama.  
  • Jenama boleh mencipta kepercayaan orang kepada sesuatu produk atau perkhidmatan.  Jenama memberi kesan yang lebih pantas ke dalam minda seseorang kerana jenama yang baik berkait dengan kredibiliti dan kepercayaan.  Kita kena beritahu kelebihan produk kita dan sahkan ia betul.

Prinsip hidup dan sikap

Memulakan perniagaan tidak memerlukan modal yang tinggi.  Gunakanlah duit yang ada di tangan dan tidak perlu meminjam.  Mulakan berniaga kecil-kecilan dahulu dan belajar menyimpan.  Gunakan duit simpanan itu untuk membesarkan perniagaan.


Stratergi untuk mendapatkan pelanggan pertama


  1. Kongsikan dengan jiran.  Cara untuk berkongsi ada banyak cara.  Yang paling mudah adalah tulis poster dan di hadapan rumah.
  2. Buat 10 salinan poster tersebut dan berikan kepada 10 jiran.
  3. Pergi dari rumah ke rumah dan bawa produk kita untuk diperkenalkan kepada jiran.
  4. Gunakan Facebook dan blog untuk tujuan promosi.

5 kriteria untuk menjadi usahawan yang kaya dan berjaya


1.  Kita mesti ada mentor
  • Jika kitaselesai belajar dengan seorang guru, mesti ada guru lain yang lebih bagus.
2.  Ilmu
  • Sentiasa perbaiki ilmu kita.Ilmu dari segi minda, pengetahuan tentang diri dan business, serta ilmu menguruskan diri dan hati kita.
3.  Sentiasa belajar teknologi atau sistem yang baru.
  • Masa berjalan sangat pantas.  Setiap hari pasti ada benda baru yang dilancarkan.  Oleh itu kita kena sentiasa tahu tentang teknologi terkini dan mengenalpasti teknologi tersebut.
 4.  Tidak pernah mengaku kalah
  • Kalau kita melakukan sesuatu, lakukanlah ia sehingga selesai.  Jadikan ini satu sikap.
5.  Untuk menjadi usahawan berjaya, mestilah ada niat.
  • Contohnya adalah niat untuk membantu orang ramai dan menambah nilai hidup ramai orang.
  • Kita kena percaya bahawa jika kita ikhlas untuk membantu, rezeki akan datang kepada kita.
Semoga apa yang saya tulis ini memberikan manfaat kepada pembaca semua.

1 comment:

nisa said...

Mak saya pun cakap DR AZIZAN ni bagus,pernah mak suruh saya ikut kursus motivasi dia..sekali masa nak pergi daftar mak aiiii...full..Tapi baguslah sebab dia boleh berkongsi segala ilmu yang dia ada and tak kedekut apa2 tips pun...memang impresslah dengan cara dia