Jika kita kurang tidur kita akan mengalami kesan yang negatif antaranya sukar memberi tumpuan kepada sesuatu perkara, tidak mampu membuat keputusan yang baik, dan kerap mengalami gangguan emosi tanpa sebab yang jelas.
Saturday, 27 December 2014
Tidur yang cukup amat penting dalam penyediaan dan pembentukan rangkaian saraf
Jika kita kurang tidur kita akan mengalami kesan yang negatif antaranya sukar memberi tumpuan kepada sesuatu perkara, tidak mampu membuat keputusan yang baik, dan kerap mengalami gangguan emosi tanpa sebab yang jelas.
Friday, 26 December 2014
Buaian belum tentu selamat
Ada kalanya bayi meragam dan ada para ibu atau penjaga yang tidak sabar membuai bayi dengan laju dan kuat. Kadangkala, kerana buaian dibuai terlalu laju dan kuat, mengakibatkan buaian terjatuh.
Adakah anda tau bahawa membuai bayi dengan laju dan kuat akan membuatkan otak bayi bergoyang? Ia boleh menyebabkan kecederaan kepala bayi dan meningkatkan risiko kerosakan otak. Pendarahan mungkin juga akan berlaku.
Otak bayi sebenarnya terapung dalam dalam tengkorak kepala dan jika dihayun dengan kuat, otak mereka akan bergerak. Akibatnya saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak akan pecah dan berlaku pendarahan tanpa disedari.
Pada pendapat saya, meletakkan bayi pada alat seperti ini lebih selamat dan ia juga boleh dibawa kemana-mana berbanding buaian henjut di atas. Apa pendapat anda??
Sumber : Harian Metro Isnin, 15/12/2014
Thursday, 25 December 2014
Betik pelihara kulit wajah
Betik kaya dengan pelbagai manfaat. Selain enak dimakan, ia juga boleh menyihatkan wajah dan menjadikan kulit putih berseri.
Kandungan vitamin A dan enzim papain yang tinggi mampu membantu menghilangkan sel kulit mati apabila disapu pada kulit.
Betik juga membantu melembabkan kulit muka. Menyapu betik di wajah dan dibiarkan selama 25 minit boleh mengurangkan jerawat dan cela di wajah.
Sumber : Harian Metro 25/12/2015
Tuesday, 23 December 2014
Tips melahirkan anak yang cerdik
Si bapa harus berhenti merokok sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum melakukan hubungan intim dengan bakal ibu. jangan lupa, andai bakal ibu juga seorang perokok, tindakan yang sama perlu diambil, iaitu berhenti merokok sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung dan terus berhenti sehinggalah bayi berhenti menyusu badan. Sebaik-baiknya berhenti terus kerana merokok tidak baik untuk kesihatan.
Sepanjang mengandung elakkan diri dari menghidu asap rokok kerana asap rokok boleh melemahkan otak ibu dan anak dalam kandungan. Oleh itu elakkan dari pergi ke kawasan-kawasan yang sering dikunjungi oleh perokok.
Saturday, 20 December 2014
Apakah Cordyceps Sinensis?
Perubatan tradisional Cina menggunakan pelbagai produk semula jadi untuk merawat penyakit, termasuk Cordyceps Sinensis. Cordyceps sinensis, yang juga dikenali sebagai kulat Cina Caterpiller adalah tumbuhan dalam kelompok keluarga ergot. Di China, herba yang amat jarang ditemui ini dikenali sebagai dong chong xia chao (cacing musim salji, rumput musim panas). Ia juga dikenali sebagai Aweto di China dan Tibet, dan sebagai Yarchagumba di Tibet. Berada dalam kategori kulat, kandungan nutrien dan bahan aktif yang terkandung dalam Cordyceps mempunyai pelbagai sifat farmakologi berkaitan dengan hampir setiap sistem dalam tubuh manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)