Sempena bulan Ramadhan yang mulia saya terpanggil untuk mengeluarkan artikle tentang kebaikan tubuh badan yang kita boleh dapati dari melakukan ibadah puasa. Maklumat untuk artikle kali ini saya dapat dari akhbar Harian Metro Isnin bertarikh 7 Julai 2014.
Di dalam artikle yang ditulis oleh Faizatul Farlin Farush Khan yang mempunyai tajuk yang sama telah memuatkan sepuluh kebaikan melakukan ibadah puasa kepada tubuh badan kita iaitu:
1. Menyingkirkan toksin
Bahan-bahan pengawet yang terdapat dalam makanan dalam tin dan makanan yang siap diproses lainnya yang dijual di pasaraya kebanyakkannya mengandungi bahan pengawet. Bahan pengawet ini boleh menjadi toksin di dalam badan yang boleh menyebabkan pelbagai kerosakan dalam badan dan juga boleh menyebabkan penuaan pramatang iaitu tua sebelum waktunya. Kebanyakkan toksin ini disimpan di dalam lemak di dalam tubuh kita.
Apabila kita berpuasa, badan kita terpaksa membakar lemak yang ada dalam badan kerana tiada bekalan makanan baru untuk membekalkan tenaga untuk tubuh. Apabila lemak dibakar, toksin di dalam lemak tersebut akan dibebaskan. Proses pembebasan dan pembuangan toksin ini akan dilakukan oleh organ-organ badan secara semula jadi seperti oleh hati (keluar melalui saluran najis) dan buah pinggang (keluar melalui air kencing).
Setelah bekerja sepanjang tahun, di bulan Ramadhan ini dapatlah sistem pencernaan kita berehat sedikit. Organ organ pencernaan tetap juga menjalankan tugasnya seperti biasa tetapi lebih ringan. Rembesan usus dikeluarkan dengan kadar lebih perlahan yang mana ini dapat mengekalkan keseimbangan cairan dalam tubuh dan pemecahan makanan akan berjalan dengan lebih cekap. Pengeluaran tenaga juga akan berubah menjadi lebih tersusun.
3. Menyelesaikan masalah keradangan
Ada kajian menunjukkan puasa mampu menyelesaikan masalah alahan dan penyakit keradangan misalnya artritis reumatoid, artritis dan penyakit kulit seperti psoriasis. Sesetengah kajian pula mengatakan puasa membantu penyembuhan penyakit radang usus seperti ulser di bahagian kolon.

4. Mengurangkan kandungan gula dalam darah
Puasa menggalakkan tubuh menggunakan gula dalam tubuh bagi mendapatkan tenaga. Dengan berkurangnya gula dalam darah, bolehlah pankreas berehat kerana insulin yang perlu dihasilkan kurang.

5. Menggalakkan pemecahan lemak
Apabila gula dalam tubuh telah habis digunakan, berlakulah aktiviti ketosis. Ketosis adalah aktiviti pemecahan lemak oleh tubuh untuk ditukarkan kepada tenaga yang digunakan oleh tubuh untuk meneruskan proses fisiologinya dengan lancar. Oleh itu ia dapat membantu kita dalam mengurangkan lemak seterusnya mengurangkan berat badan secara semulajadi.

6. Membetulkan semula tekanan darah tinggi
Ketika berpuasa, tubuh menggunakan gula dan lemak untuk mendapatkan tenaga untuk aktiviti fisiologinya. Perkara ini akan dapat mengurangkan aktiviti metabolik yang mana secara langsung akan mengurangkan pengeluaran hormon seperti adrenalin dan noradnalin. Dengan berkurangnya pengeluaran hormon hormon ini, secara semulajadinya keadaan diri dan tubuh akan berasa tenang dan terkawal yang mana dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

7. Membantu penurunan berat badan
Berpuasa yang disertai dengan pengurangan pengambilan lemak, karbohidrat dan gula serta memperbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran akan dapat membantu untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

8. Menggalakkan diet lebih sihat
Bersahur dan berbukalah dengan makanan yang segar dan semulajadi. Kurangkan makanan yang telah diproses seperti makanan dalam tin yang banyak mengandungi pengawet dan telah kurang khasiat semulajadinya.

9. Meningkatkan sistem imunisasi
Memakan makanan yang segar dan seimbang sepanjang bulan puasa akan dapat membantu menyingkirkan toksin dari dalam badan. Buah buahan segar juga dapat meningkatkan jumlah mineral dan vitamin yang dapat membantu dalam meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

10. Membantu membuang ketagihan
Apabila berpuasa, secara automatiknya sepanjang tempoh kira kira 13 jam perokok tidak merokok. Ini bermakna jumlah nikotin dan kafein yang masuk ke dalam tubuh badan berkurang dengan ketara. Jika perokok dapat meneruskan amalan tidak merokok sepanjang siang, ia akan dapat membantu mengurangkan ketagihan dan dapat membantu perokok untuk berhenti merokok.

Di bawah ini adalah artikle yang berkaitan dengan topik kali ini yang dipersembahkan dalam bentuk kartun yang saya ambil dari group whatapp PremierOne Wealth.
Semoga apa yang dipersembahkan dalam artikle kali ini memberi manfaat kepada semua.
No comments:
Post a Comment