Monday, 21 October 2013

Khasiat sireh, buah delima, maca dan guarana untuk kesihatan

Herba, buah-buahan, ulam-ulam dan sayur-sayuran telah diketahui umum mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan.  Untuk topik kali ini saya ingin berkongsi maklumat tentang beberapa tumbuhan yang saya perolehi dari Harian Metro Jumaat, 11 Oktober 2013.

Mula-mula saya ingin berkongsi tentang khasiat sireh. Sireh bukan sahaja digunakan oleh masyarakat Melayu, tetapi juga digunakan oleh pelbagai bangsa di seluruh dunia. Sireh mampu menjadi penawar dan juga boleh digunakan untuk kesihatan dan kecantikan kulit.  Sireh mengandungi antiseptik yang berupaya membunuh kuman berbahaya pada sistem badan.  Ia juga mampu melancarkan sistem peredaran darah dan baik untuk menyerikan dan mencerahkan kulit.

Sireh boleh digunakan untuk mengubati penyakit mulut, tekak dan lapisan perut. Daunnya boleh digunakan untuk ulser, selesema serta radang kerongkong.  Ia juga boleh digunakan untuk masalah gastrik dan penyakit paru-paru yang dihidapi kanak-kanak.

Daun sireh yang ditumbuk boleh dijadikan losyen mandian untuk mengubati penyakit seperti demam, demam campak, kelenjar membesar dan lymphagitis.  Daun sireh yang segar pula, jika dicampurkan ke dalam bahan perubatan lain, akan menjadi rensangan antiseptik, gatal-gatal dan masalah dalaman lelaki.  Bahan antiseptik semulajadi sireh berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasisyang dapat melancarkan darah dan menghentikan pendarahan.

Buah delima juga tidak kurang kehebatan khasiatnya berbanding sireh.  Buah delima kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C dan fosforus.  Ia juga tinggi dengan antioksidan yang baik untuk mencegah dari jangkitan pelbagai penyakit.

 Buah delima yang dikenali sebagai arrumman dalam bahasa Arab turut disebut dalam hadis mauquf yang antara lain Nabi Muhammad s.a.w. bersabda "  Buah delima adalah antara buah-buahan syurga, tidak ada satu pun buah delima yang kalian tanam melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga ".

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa buah delima mengandungi bahan antioksidan (flavonoids) yang berfungsi meneutralkan dan melindungi sel kulit daripada kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.  Pendedahan diri kepada radikal bebas boleh memusnahkan sistem pertahanan badan yang membawa kepada punca pelbagai penyakit.

Buah delima juga mampu membaik pulih fungsi hati, membantu penghadaman serta mengurangkan alahan bagi wanita mengandung.  Selain itu, delima juga mampu mengubahsuai hormon bagi wanitayang sudah monopaus, membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah.

Dari segi kecantikan, estrak buah delima dikatakan dapat mencantikkan kulit wajah dan badan agar kelihatan lebih cantik bermaya.  Ia juga mampu mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, yang menjadi puncan penyakit jantung. 

Herba yang unik dan amat berkhasiat untuk lelaki serta hanya boleh dijumpai di Banjaran Gunung Andes, Peru dikenali sebagai Maca.  Ia mampu memberi lonjakan tenaga berterusan, meningkatkan kekuatan otot, mengimbangi hormon serta mampu meningkatkan tenaga dalaman lelaki.

Menurut buku The Healing Power of Rainforest Herbs, maca mempunyai kandungan garam galian yang tinggi.  Ia juga kaya dengan pelbagai khasiat seperti asid amino dan asid lemak penting.  Di negara barat, maca turut dikenali sebagai 'Peruvian Ginseng' kerana keupayaannya merangsang libido lelaki dan wanita.  Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Balick Mj Lee R dalam buku 'Maca:  From Traditional Food Crop to Energy and Libido Stimulant', estrak maca dapat membantu mengaktifkan ransangan dan mengurnagkan masalah dalaman lelaki dengan baik terutama golongan lelaki berumur 40 tahun ke atas.

Herba terakhir yang ingin saya kongsikan buat kali ini adalah Guarana.  Guarana mampu menghilangkan keletihan terutama pada setiap hari pulang dari kerja.  Ia dianggap sebagai herba yang mengandungi kandungan kafein semulajadi yang begitu tinggi.

Menurut kajian dari University of Northumbria, antara khasiat lain guarana atau 'superfood' ini adalah untuk membekalkan tenaga berterusan terutama kepada mereka yang berumur.  Guarana juga mampu meningkatkan ketajaman dan kepekaan minda serta meningkatkan tenaga dalaman lelaki.  Guarana juga membantu didalam pembakaran lemak berlebihan dalam badan sekaligus menurunkan berat badan dengan mudah.

Manfaatkanlah pengetahuan yang sama-sama kita dapati ini untuk kesejahteraan dan kesihatan diri kita dan keluarga.  Amin...







     

  


1 comment:

ct aman said...

singgah n follow sini...jmpot kembali...tq^___^
http://ctamanaqim.blogspot.com/