Buah epal selain sedap dimakan, ia mengandungi pelbagai khasiat iaitu seperti membantu mengelakkan kencing manis, sakit jantung, lapan jenis kanser dan alzheimer.
Menurut Jurnal Perubatan British, menikmati epal sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu dapat mengurangkan risiko sehngga 23 peratus dari mendapat diabetes tahap 2. Epal hijau juga mengandungi phytonutrient yang berfungsi melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik, sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung. Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus yang mampu membantu membasmi pertumbuhan kanser usus.
Penemuan baru oleh Universiti de Valencia yang membabitkan 48 kanak-kanak obes yang berumur di antara 9 dan 15 tahun mendapati snek epal yang direndam ke dalam jus limau manderin dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular kepada kanak-kanak. Epal juga membantu mengurangkan gejala keradangan yang dikaitkan dengan serangan jantung.
Sumber : Harian Metro Selasa 22 Oktober 2013

1 comment:
nampaknya lepas ni kena cuba makan epal hijau selalu ! sebab kencing manis can lead to other haelth problems. heheh
Post a Comment