Bayangkan anda sedang bercuti dan membeli makanan untuk dimakan di hotel. Selepas makan sebahagiannya, masih ada lagi biskut berbaki dan anda tiada membawa bekas kedap udara untuk menyimpan baki biskut tersebut. Anda juga tiada tali atau getah untuk mengikat plastik bagi mengelakkan dari ia lemau.
Adakah anda tau. Salah satu cara untuk mengelakkan biskut menjadi lemau adalah dengan menyimpannya di dalam peti sejuk di bahagian peyimpanan barang di bahagian bawah sekali. Saya sendiri telah mencubanya dan ianya berkesan.
Cara untuk mengelakkan biskut dari menjadi lemau ini telah diberikan oleh adik ipar saya iaitu Yusri ketika kami bersama-sama bercuti di Port Dickson pada 10 hb Mac 2012 tempoh hari. Mula-mula saya rasa kurang percaya. Setelah menyimpan biskut itu semalaman di dalam peti sejuk yang disediakan di hotel tempat kami menginap , keesokan harinya saya dapati biskut tersebut masih rangup seperti asalnya.
Di harap tips ini dapat membantu dan berguna untuk semua pembaca.
No comments:
Post a Comment