Saturday, 20 December 2014

Register link widget akan digantikan dengan yang baru

Saya dah lama tak berblogging dan berblogwalking.  Hari ni cuba blogwalking guna list dekat Register Link widget.  Rasa frust gak sebab banyak blog dalam list dah tak wujud.  Ada blog yang tak boleh dilawati sebab tak di jemput.    Blog yang ada kandungan 18sx pun ada gak.  Hmmm...nampak gaya kena rombak balik dan buang semua link blog-blog yang dah tak der, blog yang hanya boleh dilawati oleh yang dijemput sahaja dan blog 18sx.  Banyak tu.  Ada 226 registered link.

Registed Link Widget ni tak der button untuk delete.  Insyaallah saya akan salin satu persatu biarpun mungkin memakan yang agak lama untuk habis.  Demi kawan-kawan blog...saya akan usahakan.

21/12/2014, 2.23am.   Saya dalam proses mengupdate Register Link.  Link yang tersenarai adalah link yang boleh dicapai.  Insyaallah akan siap tak lama lagi.

21/12/2014, 4.35 pagi.  Letih berblogwalking, banyak betul blog yg dah di delete dan di sekat dari ke blog tu.  Dah siap 28..nanti sambung lagi.  Sakit kepala dah ni.






Thursday, 18 December 2014

Ain dah pandai berbasikal tanpa roda tambahan

Hari ini aktiviti aku dan anakku sama seperti semalam .  Seperti yang dijanjikan, dalam jam 5 petang aku dan anak ku Ain pergi lagi ke Dewan Orang Ramai. Ain dengan gigihnya belajar menunggang basikal.  Banyak kali gak dia jatuh.  Calar balar jugakla tangan dia. Kaki dan bahagian lain badan dia alhamdulillah takder masalah. Nasib baik aku terfikir untuk memakaikannya seluar denim.  Selamat la lutut dia dari luka-luka.

Setelah puas berlatih...dalam sejam juga la kami di sana, Ain telah pandai sepenuhnya menunggang tanpa roda tambahan.  Dalam pukul 6 lebih petang kami balik ke rumah.  Sampai dirumah, dia terus bermain dengan kawan-kawan dan menunjukkan aksinya berbasikal.




Wednesday, 17 December 2014

Kisah anak ku hari ini

Anak ku Ain dah berumur 5 tahun.  Dah bersekolah tadika.  Sekarang ni cuti sekolah.  Dari awal cuti persekolahan hingga sekarang, aku membimbing anakku untuk mengulangkaji semua mata pelajarannya semasa di Tadika Kelas 5 tahun iaitu Iqra', Jawi, Matematik, Sains, English, Bahasa Malaysia serta membaca buku yang dipinjam dari Perpustakaan Awam dan yang dibeli dari kedai buku.

Hari ini aku membangunkan Ain sekitar jam 6.30 pagi.  Setelah mandi dan bersiap, aku mula mengajar Iqra', selepas itu, sekitar jam 7.30 pagi kami bersarapan bersama dan kemudian meneruskan pengajaran.  Setiap mata pelajaran, aku memberi anakku rehat selama 15 minit sebelum memulakan pelajaran lain.


Selepas solat Asar, aku menanggalkan roda tambahan basikal anakku dan kemudian aku membawanya ke Dewan Orang Ramai yang berada berdekatan dengan rumah.  Kawasan lapang dan keadaan permukaan tanah yang rata di sana memudahkannya untuk belajar menunggang basikal. Kami berada di dewan tersebut lebih kurang 30 minit sahaja.  Dia dah pandai sikit sikit...sekadar tiga ke empat kayuhan baru berhenti mengayuh.  Dia mengadu kepenatan dan mengajak ku balik.  Esok kami akan datang lagi ke dewan ini..itu janji ku pada Ain.


Thursday, 11 December 2014

Katak dan hujan


Ku lihat langit mendung semakin gelap. Ada tanda tanda akan hujan lebat. Aku diam..... mendengar bunyi sekeliling.. dari bunyi yang paling kuat hingga bunyi yang paling perlahan. Aku hairan dan berfikir... Kenapa tiada satu suara katak pun yang kedengaran ketika ini. Kenapa ya!!!!

Aku teringat lirik lagu bangau oh bangau.  Antara bait liriknya adalah  'hujan oh hujan, kenapa engkau turun.  macam mana aku tak turun.. katak panggil aku.. katak panggil aku.  Tapi tak der pun bunyi katak semasa hujan nak turun !! Kenapa!!

Saturday, 15 November 2014

Anakku berlakun teater





Pada 15 November 2014 tadika dimana anak saya belajar mengadakan majlis ulangtahun ke 10 tadika tersebut dan juga "Graduation Day" untuk pelajar yang berumur 6 tahun.  Meriah juga majlisnya.  Selepas tayangan montaj 10 tahun penubuhan tadika, kami dihidangkan dengan persembahan pelajar-pelajar yang di bimbing oleh guru-guru tadika tersebut.

Persembahan yang disertai oleh anakku Ain adalah persembahan yang pertama.  Aku sungguh teruja menyaksikan persembahan anak ku dan rakan-rakannya.  Betapa bangganya aku bila menyaksikan persembahan mereka.  Aku pasti ibu bapa lain pun macamku juga bila menyaksikan anak-anak mereka membuat persembahan.  Pada gambar di atas, Ain adalah yang kanan sekali di bahagian depan (iaitu di barisan kedua dari kanan).




Ini pula adalah persembahan kanak-kanak lain yang sempat saya rakamkan.