Friday 4 March 2016

The 39 Clues - The Clue Hunt

Grace Cahill adalah seorang yang sangat kaya dan semasa hidupnya beliau telah mengembara ke serata pelusuk dunia dan telah melalui pelbagai pengalaman yang mencabar.  Cerita ini adalah jenis "young adventure" dan ia bermula dengan kematian Grace Cahill yang telah merubah wasiatnya pada saat-saat akhir sebelum kematiannya. 

Di dalam wasiat beliau yang dibaca oleh peguam beliau iaitu William McIntyre selepas upacara pengkebumian ialah pewaris-pewaris beliau telah diberi pilihan sama ada memilih USD1 juta atau petunjuk  pertama untuk memulakan pencarian semua 39 clue.  Bagi yang berjaya mengumpul 39 clue tersebut akan mendapat kekayaan dan kedudukan yang tinggi dan ternama.   Ramai yang memilih untuk mengambil USD1 juta dan ada beberapa pewaris yang memilih untuk mendapatkan petunuk pertama.  Diantara yang memilih untuk mengambil petunjuk pertama ialah Dan dan Amy Cahill iaitu cucu Grace Cahill yang kematian ibu dan bapanya di dalam sebuah kebakaran.  


Dan Cahill berumur 11 tahun dan Amy Cahill berumur 14 tahun.  Mereka mengembara bersama Nellie iaitu penjaga mereka serta Saladin iaitu kucing kesayangan mereka dan nenek mereka Grace Cahill.

The Clue Hunt mempunyai 11 siri buku iaitu:

Buku 1  :  The Maze of Bones
Buku 2  :  One False Note
Buku 3  :  The Sword Thief
Buku 4  :  Beyond The Grave
Buku 5  :  The Black Circle
Buku 6  :  In Too Deep
Buku 7  :  The Viper's Nest
Buku 8  :  The Emperor's Code
Buku 9  :  Storm Warning
Buku 10 :  Into The Gauntlet
Buku 11 :  Vespers Rising

Cerita buku ni sangat menarik bagi saya.  Semasa membaca buku-buku tersebut, saya seperti dibawa bersama mengembara ke pelbagai negara seperti Mesir, Rusia,   dan mengenali tokoh-tokoh sejarah seperti Mozart, Ben Franklin, Maria Anna Mozart iaitu adik Mozart, George Washington dan ramai lagi.


No comments: