Sunday, 14 September 2014

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Bahagian 1

Artikle kali ini adalah artikle yang amat menarik serta penting dan perlu dibaca oleh semua orang.  Ia disediakan oleh Pn. Rusnani Omar iaitu Penolong Pendaftar Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Universiti Malaya Perlis.  Ia dikirim kepada saya melalui 'WhatsApp' oleh salah seorang kenalan saya

Tanda-tanda sakit di badan memberi maksud tertentu.  Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.  Walau apapun, jika ada masalah dengan tubuh badan , segeralah ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin datang sekejap adalah clue/hint yang kita ini sebenarnya sakit.


MATA (bertindakbalas dengan keadaan hati)

1.  Mata menjadi merah:
  •      Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.  Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.  
2.  Mata menjadi kabur:
  • Sering berlaku paa waktu pagi.  Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
3.  Keluar tahi mata:
  • Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku.  Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.  
4.  Keluar air mata:
  • Gangguan emosi yang bersangkut dengan hari atau bebanan kerja.
5.  Ketegangan mata dan kelopak:
  • Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)

1.  Selesema:
  • Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.  Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat)
2.  Hidung tersumbat:
  • Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses penyeimbangan masalah alahan hidung.
3.  Bersin:
  • Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
 

2 comments:

sud@is said...

As Salam kak CT, lama tak bersiaran,, tq info yang sangat berguna teruskan kongsi disini...

Cempakamelati said...

Waalaikumsalam. Terima kasih juga buat sud@is kerana sudi bertandang ke blog akak ni.