Setiap orang pasti menginginkan kulit yang putih gebu dan cantik dan setiap hari kita dihidangkan dengan iklan kosmetik penjagaan kulit di surat-surat khabar, majalah dan kaca televisyen. Jika kita telah membuat keputusan untuk menggunakan kosmetik jenis moden ini, kita harusklah menyelidik dahulu tentang kesesuaian dan keselamatan produk tersebut terhadap kulit kita.Artikel saya ini bukanlah hendak mengupas tentang kosmetik tersebut, tetapi ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang maklumat yang saya dapat dari Harian Metro Khamis bertarikh 3 Oktober 2013 mengenai penggunaan bahan semulajadi untuk kecantikan kulit.
Bahan semulajadi yang pertama yang akan saya kongsikan ini amat mudah diperolehi dan paling sering digunakan sebagai salah satu dari bahan masakan; iaitu kentang. Selain boleh dimasak untuk hidangan keluarga, ia mempunyai kelebihan tersendiri untuk kecantikan kulit badan dan wajah.
Bahan kedua yang akan saya kongsikan adalah tomato. Ia boleh digunakan sebagai lulur (scrub). Jika digunakan dengan teratur dan kerap iaitu sekali seminggu, ia mampu menghalus, melicin dan mencerahkan kulit. Penggunaan tomato sebagai lulur boleh menanggalkan dan membuang sel kulit mati yang menyumbat pori-pori kulit serta mempercepatkan penggantian sel kulit baru. Ia juga boleh menjadikan pipi lebih cerah dan anjal serta kemerah-merahan seperti memakai pemerah pipi.
Untuk mendapatkan kulit yang cantik, disamping penjagaan luaran, kita juga harus menjaga keadaan dalaman juga iaitu mengambil makanan yang kaya dengan vitamin A, C dan E yang baik untuk kulit. Selain dari itu rehat yang cukup dan senaman turut membantu pertumbuhan kulit. Minum air secukupnya juga penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan mencegah penuaan.
No comments:
Post a Comment