Sunday, 28 November 2010

Sup daging - masakan tengahari ku hari ini

Gambar hiasan


Nak masak apa ya hari ini.  Hari-hari masak ni kadang sampai dah takde idea nak masak apa.  

Apa kata hari ni masak sup daging!!! Hmmmm!!. 

Mula mula aku potong daging kecil-kecil.  Selepas siap, aku masukkan air ke dalam periuk dan jerang.  Sambil menunggu air menggelegak, aku potong 5 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan halia sebesar ibu jari dan kisar.  Sambil itu aku kisar guna pengisar kering 1 sudu kecil jintan manis, 1 sudu kecil jintan putih, 2 kuntum bunga lawang, 1 sudu kecil lada hitam, sebatang kulit kayu manis yang kecil, dan 1 sudu kecil buah pelaga. 


Bila air dah menggelegak, aku masukkan bahan kisar basah dan kisar kering tadi.  Bahan dalam periuk aku biarkan lagi sehingga menggelegak semula.  Bila dah menggelegak aku masukkan daging.  Semua bahan tersebut aku biarkan selama 2 jam di atas api yang sederhana besar.  Dari masa ke semasa aku cek air kat periuk tu..jika perlu di tambah..aku tambah.

Sambil menunggu , aku potong dalam 4 biji bawang merah dan potong nipis-nipis dan aku goreng dengan menggunakan minyak yang sedikit.  Goreng sampai warna dah mula agak keperang-perangan dan masukkan ke dalam periuk.  Masukkan dengan minyak gorengan sekali ya.  Tambahkan garam secukup rasa.  Ta.. da...dah siap lauk tengahari ku.

Kepada yang suka dan ada bahan kat rumah, kamu boleh tambahkan daun sup, perahkan sedikit limau atau cuka dan potong sedikit cili api.  Aku tak letak cili api sebab sup ni nak ku kongsikan bersama anakku yang berumur 1 tahun 5 bulan (Ain).  Daun sup pun sama, takde kat umah.

Camner ok tak resepi ni...cubalah ...


13 comments:

n.hasleena said...

Emmmm....dah siap ke cempaka? Boleh tumpang semangkuk hehehe...

Cempakamelati said...

Boleh-boleh..jum datang umah.

kambing golek said...

cempaka...pinggan awk sama mcm sy la...hihihi...sy dpt hadiah kawen..claytan ke?

Dea Bianglala said...

hurm...yummy...
nanti balik kampung nak belajar masak ah...

n.hasleena said...

cempaka...shoutmix katne ek??? mak budak baru belajar2 hehehe...

Ainna Jalil said...

daging lagi? huaaaa..ni mesti stok daging korban x habis lagi nih, hehe

Cempakamelati said...

Kambing golek ..kebetulan lak pinggan awak sama ngan pinggan kat gambar tu..he he

Mamaicha said...

eh cempaka cam sama lak kita nya menu harini. saya pun masak sup daging resepi MIL. campur mee hoon jadi mee hoon sup...yummmmyyyy

gnesop said...

sup daging? kegemaran sop.. :)

Unknown said...

tengok sup daging, teringat sup ayam...huhu...

sekamar rindu said...

salam..

sedapnyaa....

folow ur blog..

kambing golek said...

cempaka nti sy upload pinggan sy pula....: )

Yaya said...

huhuu ari2 masak ley pening, lebih2 lagi memasak di bln posa..buntu nak pkir menu hehehe