Thursday, 25 November 2010

Stop child abuse- Hentikan penderaan kanak-kanak

Penderaan kanak-kanak bermaksud dera atau pun melakukan perbuatan zalim keatas kanak-kanak sama ada penderaan fizikal, mental dan seksual.

Penderaan fizikal

Penderaan fizikal adalah seperti memukul sehingga mencederakan diri kanak-kanak tersebut, mencucuh puntung rokok ke atas badan kanak-kanak, menghempas bayi ke lantai, mencucuh penggosok baju ke badan kanak-kanak, menyepak, menendang, menggoncang bayi dengan kuat dan sebagainya.  Sila baca dan renungkan keadaan yang terjadi pada kanak-kanak yang saya sertakan di bawah.

Cedera akibat digoncang dengan kuat





Pada bulan Mac 2010 di Malaysia, contoh kes adalah seperti yang dilaporkan oleh akhbar News Strait Times,  ialah Jennet Fong Yen Phin, 34, yang kehilangan anaknya LimXin Yi yang berumur 9 bulan , yang tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh kerana di goncang dan di dera oleh penjaga bayinya.  Bayi tersebut juga mengalami keretakan pada kepalanya.

Ketika di masukkan ke dalam ICU, Xin Yi bernafas menggunakan ventilator dan mengalami beberapa sawan. CT scan otak telah menunjukkan terdapat pendarahan di dalam otak. Akibatnya, kanak-kanak itu mengalami risiko kebutaan dan  lumpuh dan akan berada di atas katil seumur hidup.


Penderaan fizikal dan seksual






Adakah anda masih ingat agi kejadian yang meninpa adik Nurin yang diculik pada 8 Ogos 2007 semasa beliau pergi ke Pasar Malam Seksyen 1, Wangsa  Maju??  27 Hari kemudian mayatnya dijumpai didalam sebuah beg yang ditinggalkan di lot kedai 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor.  Keadaan mayatnya dijumpai dalam keadaan yang sangat menyedihkan.  Dia didera secara fizikal dan seksual.  Pesalahnya masih lagi belum dapat di tangkap dan di hukum sampai sekarang.


Adakah anda ingin kejadian ini berulang lagi kepada kanak-kanak yang tidak berdosa dan tidak tahu apa-apa ini.  Saya tidak ingin perkara diatas berlaku lagi kepada kanak-kanak lain. 


Jika anda tidak mahu kejadian seperti ini berlaku lagi, berkerjasamalah.  Beritahulah kepada pihak berkuasa jika anda melihat penderaan kanak-kanak di mana-mana juga.  Beritahu dan berkerjasamalah dengan orang di sekeliling kita dalam membenteras penderaan kanak kanak ini.

unicef

Andai kata anda tidak sukakan penderaan ini, andaikata anda tidak mahu lagi kekerasan dilakukan kepada kanak-kanak, andai kata anda tidak mahu kejadian seperti diatas berulang lagi...luahkanlah dan nyatakan lah sokongan anda terhadap  dalam membenteras penderaan kanak-kanak di bahagian komen.  Saya perlukan sokongan anda semua..Tunjukkanlah sokongan anda.  Katakan tidak kepada penderaan kanak-kanak...





6 comments:

sarah mohamad said...

stop child abuse! kanak kanak harus dibelai dan dididik dengan sempurna . bukan didera .

Anonymous said...

mereka generasi yg akan menggantikan kita kelak...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

sedih tgk bayi dan kanak² didera...

geekz36 said...

jgn beranak kalau x mau jaga !

CY said...

skang byk org sakit mental!

Dea Bianglala said...

knplah tega berbuat begitu?
tak berperasaan ke?
kasihan....