Tepat pukul 12 tengah malam, aku dan anakku yang berumur setahun lima bulan terbangun kerana bunyi mercun yang kuat dan sabung menyabung dari masyarakat India di kawasan perumahan ku yang menyambut Deepavali. Selamat menyambut Hari Cahaya dari aku sekeluarga kepada semua pembaca yang berketurunan India dan beragama Hindu. Selamat merayakan Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang meraikan Depavali bersama rakan-rakan kita yang menyambut perayaan ini. Betapa indahnya Malaysia...
Tadi aku tidurkan anakku yang makin hari makin lambat tidurnya sehingga aku tertidur sekali. Hasrat hati, tidur jer anak, akan ku segerakan membuat posting baru dan membaca blog-blog rakan-rakan blogging. Di sebabkan aku terpaksa menidurkan anakku, pukul 1.00 pagi baru aku dapat memulakan tugasku sebagai blogger. Aku tidak mau berlengah lagi.....
Ramai di antara kita yang cuma tahu bahawa perayaan Deepavali disambut tiap-tiap tahun oleh masyarakat India, tetapi tidak tahu kenapa dan mengapa mereka meraikannya, berapa harikah perayaan tersebut diraikan dan sebagainya. Di bawah ini aku ingin berkongsi apa yang aku tahu tentang perayaan ini.
Perayaan Deepavali atau Dewali adalah perayaan keagamaan yang disambut selama lima hari Bagi masyarakat di Malaysia agak lain sedikit kerana mereka menyambutnya selama sebulan. Hari keempat perayaan ini adalah tanda bermulanya tahun baru mengikut kalender Vikrama.
Masyarakat Hindu menyambut perayaan ini adalah sempena meraikan perkahwinan Dewa Kekayaan iaitu Dewa Lakshmi dengan Dewa Vishnu. Pada hari ini mereka juga memuja Dewa Ganesha iaitu dewa yang mewakili sifat bertuah dan bijaksana.
Deepavali juga adalah Pesta Cahaya iaitu simbol kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan. Ianya disambut sempena kembalinya (dengan membawa kemenangan) Dewa Rama dan Sitadewi serta Dewa Lakshman setelah mengembara selama 14 tahun untuk menghapuskan Raja Kejahatan iaitu Ravana. Mereka meraikan kepulangan tersebut dengan meyalakan lampu minyak dan membakar mercun.
Masyarakat Bengal (salah satu bangsa India) meraikan perayaan ini sempena meraikan Dewa Kekuatan iaitu Dewa Kali (mungkin juga Dewi Kali kerana beliau adalah perempuan).
Perayaan Deepavali ini bukan sahaja diraikan oleh masyarakat India beragama Hindu, tetapi ia juga diraikan oleh masyarakat Sikh dan Jaini (agama yang dianuti oleh masyarakat India selain Hindu).
Masyarakat India yang beragama Hindu dan Jaini serta Buddha percaya bahawa setiap manusia melalui kalahiran semula sama ada sebagai manusia yang bermatabat lebih tinggi, manusia yang bermartabat lebih rendah atau menjadi binatang, mengikut apa yang dilakukan pada kehidupan yang lalu. Bagi masyarakat India yang beragama Jaini, mereka menyamput Deepavali sempena meraikan Dewa Mahavira yang mencapai tahap Kebahagiaan Abadi Nirvana iaitu mencapai puncak nikmat yang tertinggi yang tercapai oleh rohani yang melewati proses kelahiran semula. Dengan kata lain, Dewa Mahavira telah berjaya masuk ke syurga.
Bagi masyarakat Sikh pula, Deepavali diraikan bagi menyambut kepulangan Guru Har Gobind ke Amritsar setelah membebaskan 52 raja Hindu dari penjara Kota Gwalior selepas mengalahkan Maharaja Johangir. Mereka menyambut kepulangannya dengan menyalakan lilin dan "diyas".
Walau apapun maksud disebalik perayaan Deepavali, diharap ia akan disambut dengan penuh meriah dan aman.
Selamat Hari Deepavali
4 comments:
ok. happy diwali!!!!
Gedang..gedung...gedebang gedebum..Teropocot ya...?Nanti cite Thaipusam pula ya.Gedebum...gedebam..dang...dum..dum..
Salam/ait, support kami ngan Palestin dgn LIKE n RSVP ATTENDING di http://apps.facebook.com/mastersofrevup/event.php?c=12 :) Kami mengharapkan sokongan anda untuk klik supaya kami memperoleh bantuan untuk Tabung Palestin... :) Tq~
heppy diwali.,,.
salam 1 malaysia,.uhhu
Post a Comment