Sunday, 14 November 2010

Kepentingan Kalsium

Kalsium adalah satu unsur penting dalam tubuh badan.  Ia adalah penting untuk aktiviti penguncupan otot, pembentukan tulang dan gigi yang kuat, pembekuan darah, penghantaran impulse saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan.  

Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan:

1.  Osteoporosis kepada orang dewasa,
     Sejenis penyakit tulang yang menyebabkan pengurangan ketumpatan tulang diakibatkanoleh kekurangan   kalsium.  Ia akan menyebabkan tulang mudah patah kerana keadaan tulang yang poroi (banyak rongga).

2.  Rickets kepada kanak-kanak,  
     Kepada kanak-kanak kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang menjadi lembut yang boleh  menyumbang kepada kecacatan dan retak tulang.

3.  Kejang otot pada muka, tangan dan kaki,

4.  Tekanan darah dan rentak denyutan jantung yang tidak teratur dan

5.  Osteomalacia (sama seperti rickets) kepada orang dewasa

Jumlah pengambilan yang disyorkan
Pengambilan harian kalsium adalah antara 1000mg ke 1300mg sehari, tetapi jumlah tersebut tidak boleh diambil serentak.  Jumlah maksimum pengambilan pada satu-satu masa adalah tidak melebihi 500mg.  Jumlah pengambilan yang diambil lebih dari jumlah tersebut akan dikumuhkan oleh sistem badan melalui air kencing.  Kekurangan pengambilan air akan menyebabkan pengumpulan kalsium yang dikumuhkan ini didalam ginjal yang akan menyebabkan karang ginjal.  Oleh itu pengambilan jumlah kalsium tersebut hendaklah diambil secara berperingkat dalam sehari.

Pengambilan kalsium tersebut hendaklah disertakan dengan pengambilan Vitamin D yang membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam tulang, gigi dan badan.


Sumber kalsium
Sumber-sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu seperti susu dan keju.  Kalsium juga boleh didapati daripada rumpai laut seperti kelp, wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih seperti badam dan bijan; kekacang, makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut, sayur hijau gelap seperti bayam dan kangkung; kailan, okra, rutabaga, brokoli dan produk yang dipertingkatkan seperti jus dan roti. Sumber-sumber kalsium lain adalah seperti sardin dan ikan salmon yang ditinkan.

5 comments:

sud@is said...

timakasih bebanyak kongsi ilmu sangat bermanafaat nih.. teruskan usaha anda

geekz36 said...

maklumat yang bagus.

shahazrin said...

nanti kene minum anlene gold...

Anonymous said...

sy da suggest 1 produk utk mengatasi masalah ini.. osteMatrik dari shaklee.. :
Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot ... so sesiapa bminat blh hubungi saya :
ika 019 3464393
zulaikha82@gmail.com

ummi said...

salam dear,nice entry,lawat blog ummi juga ya...