Omega 3 DHA dan EPA adalah sejenis asid lemak iaitu nutrien yang sangat penting kepada retina mata dan otak sebagaimana pentingnya kalsium kepada tulang dan gigi. Ia agak sukar didapati dari makanan kerana tidak banyak makanan mempunyai asid lemak jenis ini. Kebiasaannya DHA dan EPA di dapati dari minyak ikan.
Menurut kajian yang dilakukan selama lebih 30 tahun oleh Dr. Bruce Holub iaitu Professor Emeritus of Nutritional Science dari University of Guelph, Canada, DHA dan EPA sangat penting untuk mengoptimakan fungsi saraf otak dan mata (menyumbang kepada tingkat keupayaan belajar dan perkembangan mental) untuk kebolehan berfikir, melihat dan juga mendengar dengan jelas. Pengambilan DHA dan EPA yang mencukupi juga dapat mengelak dan mengawal penyakit jantung (cardiovascular disease) dan juga penyakit-penyakit kronik yang berhubungkait dengan jantung.
Kesan pengambilan DHA dan EPA kepada kandungan
Wanita yang mengandung perlu mengambil 1500mg DHA (800mg EPA) sehari untuk menampung keperluan dirinya dan juga kandungan. DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental untuk menyedari dan memahami sesuatu) dan keupayaan retina (mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir dan melihat).
Kesan pengambilan DHA dan EPA kepada kandungan
Wanita yang mengandung perlu mengambil 1500mg DHA (800mg EPA) sehari untuk menampung keperluan dirinya dan juga kandungan. DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental untuk menyedari dan memahami sesuatu) dan keupayaan retina (mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir dan melihat).
Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita mengandung yang mengambil sehingga 1100mg DHA (serta 800mg EPA) setiap hari dengan wanita mengandung yang mengambil cuma 100mg DHA setiap hari , wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak (kanak-kanak A) yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur empat tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg (kanak-kanak B). Kanak-kanak A juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang risiko alergik.
Wanita mengandung
DHA yang perlu diambil oleh wanita mengandung haruslah mencukupi untuk menampung keperluan dirinya dan juga bayi yang dikandung. - 1500 mg sehari.
Untuk orang dewasa yang sihat - 650 mg sehari
Untuk pesakit coronary jantung - 900 mg sehari
1 comment:
kunjungan perdana untuk koment trims ya udah follow gimana kalo ling
Post a Comment