Saturday, 23 October 2010

Pesanan si ibu kepada anak remaja perempuannya

Pada hari Sabtu petang lebih kurang pukul 4.00, seorang ibu sedang menonton TV bersama anaknya yang berusia 13 tahun.  Sedang asyik menonton TV si anak bersuara, "Ibu!!, kat sekolah kan kawan-kawan intan ramai yang dah ada 'boyfriend'.  Lepas tu kan, ada budak lelaki ni, dia tingkatan 3, dia nak kawan ngan Intan la ibu", kata si anak.  "Dia kata nak jadi 'boyfriend ' Intan.  Boleh ke ibu???", tanya si anak.

"Berkawan boleh, tapi kita kena tahu batas-batasnya sebagai orang Islam.  Kena tahu bezakan yang mana halal, yang mana haram, yang mana berdosa dan yang mana tidak, yang mana boleh yang mana tak boleh...  Kalau nak berjumpa tu jangan berdua saja, sentiasa bawak kawan perempuan sekali.", kata ibunya.  Kalau lelaki tu faham tentang hukum hakam Islam, pasti dia faham.  Kalau lelaki tu nampak cenderung kepada perlakuan yang tak baik, lebih baik elakkan diri dari berkawan dengan dia.  Lelaki yang baik adalah lelaki yang menghormati seorang wanita.  Yang tahu hukum hakam Islam dan mengamalkannya.", nasihat si ibu.

"Intan!!, kamu harus menyayangi dan menyintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya.  Kalau kamu menyayangi Allah dan Rasul serta ibu dan ayah, pasti kamu takkan sanggup nak melukakan hati kami semua kan???..Ingat tu.  Harap kamu dapat melakukannya dengan baik serta bijak dan tak melanggar batas-batas sebagai seorang gadis Islam yang taat.  Ibu tau Intan mampu melakukannya dengan baik.", tambah si ibu lagi.  "Baik ibu, terima kasih. Sayang ibu", kata si anak sambil memeluk ibunya.

2 comments:

kenalinegaraku4u2c said...

Salam sejahtera Sharizah..Bagus blog ni.Nasihat ibu kpd anaknya.Saya pun selalu menasihati anak tunggal lelaki saya.Tapi,dia masih kecil,baru5 tahun 8 bulan.Comel anak Sharizah.

Shahrizah said...

Terima kasih