Selepas digigit oleh nyamuk Aedes betina yang membawa virus denggi, virus ini akan terpendam selama 3 hingga 14 hari sebelum menunjukkan simptom awal yang tidak khusus seperti mengalami demam yang tidak kebah selepas beberapa hari, suhu badan yang tidak menentu dan timbul bintik-bintik merah seakan-akan terkena gigitan nyamuk di seluruh badan.
Denggi boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:
1. Demam denggi
- Ini adalah yang paling kerap berlaku. Ia bermula dengan demam mengejut di susuli dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias), sakit pinggang yang teruk dan gatal-gatal.
- Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah. Pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh.
- Tanda pada kulit yang yang biasa berlaku ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal.
- Kemungkinannya juga akan terdapat gabungan simptom seperti gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit.
- Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).