Suami mempunyai peranan yang amat penting dalam ekonomi rumah tangga kerana beliaulah yang akan menanggung segala perbelanjaan rumah tangga dan menyediakan keperluan untuk isteri dan anak-anak. Untuk para wanita, tidak lah keterlaluan untuk mengenali pasangan dan melihat cara si dia menguruskan kewangannya dan juga untuk melihat tentang kemampuan bakal suami untuk menanggung keluarga yang akan dibina kelak kerana suamilah tonggak ekonomi rumahtangga. Tidak salah jika seseorang wanita itu bersikap sedikit materialistik.
Cara lelaki berbelanja juga boleh membayangkan sama ada dia dari jenis orang yang berdikari, seorang yang teliti, berfikiran panjang dan sebagainya. Di bawah ini perkara penting bagi semua wanita untuk melihat dan mengenali cara menguruskan kewangannya.