Tuesday, 4 May 2010

5 Kesalahan yang sering dilakukan untuk menguruskan badan

Dulu, zaman CM remaja.. berat badan CM diantara 47kg ke 55 kg, tapi bila dah masuk usia 30an ni, badan naik macam dipam pam. Aerobik sudah, joging sudah, kurangkan makan sudah, beryoga pun sudah. Puas CM fikir..dimanakah silapnya. Nak ikut London Weight Management nya program, tak mampu CM..ribu-ribu RM tu..

Sudah puas bertanya dan mencari maklumat, akhirnya sorang kawan CM ni bagitau, kalau buat buat sesuatu tu kena konsisten dan buat dengan cara yang betul. kat bawah ni CM senaraikan apa kesalahan-kesalahan yang selalu kita lakukan untuk kurus:

1. Skip sarapan pagi

Ramai yang menyangka dengan skip sarapan pagi, dan tunggu waktu makan tengahari untuk makan akan menguruskan badan kerana makanan yang diambil telah berkurang. Tapi itu silap kerana sarapanlah waktu makan yang paling penting untuk tenaga seharian termasuk tenaga yang akan digunakan untuk bekerja, belajar, merangsang metabolisma dan sebagainya. Ianpa sarapan pagi juga akan menyebabkan anda akan lebih lapar pada waktu tengahari yang mendorong pengambilan lebih banyak makanan.

Kalau bersarapan tu jangan sebarang sarapan ya! Pengambilan nasi lemak atau roti canai pada waktu pagi akan membekalkan terlalu banyak lemak dan kabohidrat. Bertukarlah sarapan anda kepada makanan berprotin seperti daging, ayam , ikan atau protin berasaskan soya. Protin akan membuatkan badan anda lebih penuh dan pejal. Otot-otot yang lebih pejal ini akan menguraikan lemak untuk dijadikan tenaga untuk kegunaan harian anda. Dengan ini sedikit demi sedikit lemak di badan anda akan berkurangan.

2. Skipping Workouts

Untuk kurus anda harus memikirkan ayat ini "You have to move to lose it" - anda harus bersenam untuk mengurangkan lemak di badan. Untuk permulaan anda harus bersenam 5 hari seminggu kerana senaman hanya akan berkesan dalam masa 48 jam. Bermakna pembakaran lemak adalah 48 jam setelah senaman dilakukan. Anda tidak boleh meninggalkan/skip senaman lebih dari sehari untuk kesan yang optimum. Setelah anda mendapat berat yang diidamkan, baru lah anda boleh melakukan senaman 3 kali seminggu sebagai maintenance.

3. Berlapar

Berlapar, iaitu mengurangkan pengambilan kalori dengan terlalu banyak adalah cara yang salah untuk mengurangkan berat badan..Badan masih memerlukan tenaga untuk menjalankan aktiviti seharian. Berlapar boleh menghentikan aktiviti metabolisma yang mengakibatkan lebih banyak lemak akan berkumpul. Berlapar juga akan memaksa badan menggunakan bahagian otot-otot badan sebagai tenaga untuk kegunaan seharian. Untuk jangkasama panjang, ini akan mengakibatkan badan menjadi lembik dan menggeleber kerana otot-otot telah mengecut.

Cara yang terbaik adalah makan makanan yang seimbang tetapi dalam jumlah yang kecil. Dengan cara ini metabolisma badan tidak terjejas bahkan lemak di badan akan semakin berkurang. Dengan cara ini, badan akan lebih cepat menjadi kurus.

4. Tidak mendapt tidur yang cukup

Berehat dan mendapat tidur yang cukup adalah sangat penting dalam proses pembakaran lemak dan pembaharuan sel sel badan. Anda perlu tidur sekurang kurangnya 8 jam sehari. Waktu paling baik untuk tidur adalah pukul 10 malam. Semasa anda tidur di waktu malam, tubuh anda bekerja untuk pembentukan otot-otot badan dan pembaharuan sel-sel. Oleh itu berusahalah untuk mendapat tidur yang cukup.

5. Tidak minum air yang mencukupi

Anda perlu minum sekurang kurangnya 8 gelas air sehari untuk badan anda menjalankan aktiviti sehariannya. Jumlah air yang tidak mencukupi akan kenghalang aktiviti badan yang sempurna seperti membawa oksigen ke sel-sel badan, membuang karbon dioksida, toksin dan lemak, berpeluh dan sebagainya. Anda tidak perlulah minum air 8 gelas itu sekali gus. Ia harus dijarak-jarakkan dalam sehari.


Diharap apa yang saya paparkan ini memberi manfaat kepada anda. Terima kasih.