Thursday, 2 November 2017

Faith

Faith atau juga dikenali sebagai The Great Doctor adalah salah satu drama Korea kesukaan saya.  Pada pendapat saya ia adalah sebuah drama Korea yang hebat yang layak dikategorikan sebagai drama lima bintang.

Drama ini diterbitkan pada tahun 2012.  Watak utamanya dipegang oleh pelakun dan penyanyi Korea terkenal iaitu Lee Min Ho.  Watak pelakun wanita utama juga tak kurang hebatnya iaitu Kim Hee-sun.  Lee Min Ho memegang watak Choi Young iaitu Pengawal Diraja.  Kim Hee-sun pula memegang watak Eun-soo iaitu The Great Doctor.

Cerita ini bermula setelah raja kerajaan Goryeo iaitu Raja Gongnim mengahwini puteri kerajaan Yuan iaitu Puteri Nojuk.  Dalam perjalanan pulang ke Goryeo dari Yuan, rombongan mereka telah diserang hendap.  Dalam serangan tersebut permaisuri Nojuk telah di kelar di leher oleh penyerang.  Permaisuri dalam keadaan kritikal.  Keadaan tersebut tidak mampu ditangani oleh tabib diraja kerana ia di luar kemampuan beliau. 

Wednesday, 1 November 2017

Aktiviti menanam cili besar

Lebih kurang dalam sebulan lepas aku ada membeli cili merah dari salah sebuah kedai runcit yang berdekatan.  Mahal betul cili merah sekarang ni.  RM14.00 satu kilogram.  Aku beli 3 biji cili merah. Setelah ditimbang ....harganya ialah RM2.70.  Secara purata harga sebiji cili merah ialah RM0.90.

Di sebabkan harga cili yang mahal....aku mendapat ilham untuk menanam cili besar di belakang rumah ku, di atas tanah sekangkang kera yang terbiar kosong.  Cili besar tersebut, ku ambil benihnya dan ku rendam dengan air garam selama beberapa hari.   Setelah itu benih tersebut ku semai di salah sebuah pasu di hadapan rumah.  Dalam sebulan jugalah anak-anak pokok cili tersebut baru sedia untuk dipindahkan ke tanah,

Sebelum anak-anak benih di pindahkan, tanah perlu disediakan dulu.  Aku gembur tanah dengan menggunakan cangkul kecil.  Batu-batu yang ada di dalam tanah ku masukkan ke dalam beg plastik.  Setelah selesai...tanah tersebut ku campurkan dengan tahi ayam yang ku beli dari Persatuan Peladang yang berada berdekatan dengan rumah ku.  Setelah digaul, tanah tersebut ku biarkan dalam seminggu.

Pagi tadi anak-anak benih telah siap ku pindahkan ke tanah.  Di harap pokok ini akan terus subur dan menghasilkan buah-buah yang banyak.  Insyaallah.



                                  Ini lah dia kebun mini cili merah tu.  JOM BERKEBUN!!!


Sunday, 29 January 2017

25 Februari 2017 akan berlakunya Tsunami Mega



Berita yang agak mencemaskan ini saya baca dari akhbar Kosmo bertarikh 28 Januari 2017 bersamaan hari Sabtu 29 Rabiulakhir 1438 H.  Berita ini menyatakan bahawa sebuah asteroid didakwa akan terhempas di Bumi selepas dikesan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) tahun lalu.

NASA sebelum ini memberitahu bahawa asteroid atau komet yang dikenali sebagai 2016 WF9 itu dikesan mengelilingi sistem suria tahun lalu dan kini telah menghampiri orbit planet Musytari.

Walaupun NASA mengatakan objek misteri itu tidak membahayakan kerana berada pada jarak sejauh 51 juta kilometer dari bumi, seorang ahli teori konspirasi dari Rusia iaitu Dr. Dyomin Damir Zakharovich berkata bahawa asteroid tersebut akan terhempas di Bumi pada 25 Februari 2017 dan sekaligus akan mencetuskan tsunami mega.

Asteroid 2016 WF9 itu ditemui oleh Neowise NASA dan dianggarkan berukuran antara 0.5 hingga 1 kilometer.

"Jika asteroid itu terhempas di Bumi, ia boleh memusnahkan bandar atau menyebabkan trunami besar.  Kita semua dalam bahaya.", kata Zakharovich.




Tuesday, 10 January 2017

Khasiat Pokok Dukung Anak


Pokok Dukung Anak adalah pokok yang banyak tumbuh di tanah dan senang membiak.  Ia juga sering di dapati tumbuh di dalam pasu-pasu bunga.

Sebelum ni bila jumpa pokok tu tumbuh di dalam pasu-pasu bunga saya, saya sering cabut dan buang.  Tapi bila terbaca tentang kebaikan dan khasiat pokok dukung anak ni di dalam buku "44 Hari Bersama Nurfarahin", , baru saya terfikir, dulu ada jiran saya yang mintak pokok ni dari saya untuk direbus dan dimandikan kepada cucunya yang kena demam kuning.

Khasiat Susu Kambing





Ketika membaca buku  yang bertajuk "44 Hari Bersama Nurfarahin" saya mendapat banyak maklumat menarik dan bermanfaat tentang penjagaan diri semasa mengandung dan semasa berpantang. Untuk bakal-bakal ibu saya cadangkan untuk mendapatkan buku tersebut.  Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya baca dari buku tersebut iaitu tentang khasiat susu kambing.

Susu kambing amat baik diminum sebagai amalan harian dan juga amat baik diamalkan oleh wanita sepanjang tempoh kehamilan .