
Hari ini 30 May 2016, bersamaan 23 Syaaban 1437 Hijrah. Ramadhan semakin hampir. Ia akan menjelma tujuh hari lagi. Semalam dan tadi, aku bersama adik ku Ila, ibu, anak-anak saudara ku iaitu Haziq, Hazim dan Farish bergotong royong membersihkan persekitaran rumah ibuku. Sementara anakku, Zahin, anak saudara ku Hana, Fiya dan Alisa bermain masak-masak dan membuat kek di bawah pokok manggis beralaskan tikar getah dan bertemankan ubat nyamuk.
Ketika aku kecil dulu, alhamdulillah keluarga telah melatih ku berpuasa sejak aku kecil, sebelum tujuh tahun. Umur sebenar aku tak ingat. Bermula dengan puasa separuh hari, aku tingkatkan sedikit demi sedikit sehingga aku berjaya berpuasa penuh sehari. Masa aku berumur tujuh tahun, aku telah berjaya puasa penuh sebulan. Alhamdulillah.