Thursday 2 November 2017

Faith

Faith atau juga dikenali sebagai The Great Doctor adalah salah satu drama Korea kesukaan saya.  Pada pendapat saya ia adalah sebuah drama Korea yang hebat yang layak dikategorikan sebagai drama lima bintang.

Drama ini diterbitkan pada tahun 2012.  Watak utamanya dipegang oleh pelakun dan penyanyi Korea terkenal iaitu Lee Min Ho.  Watak pelakun wanita utama juga tak kurang hebatnya iaitu Kim Hee-sun.  Lee Min Ho memegang watak Choi Young iaitu Pengawal Diraja.  Kim Hee-sun pula memegang watak Eun-soo iaitu The Great Doctor.

Cerita ini bermula setelah raja kerajaan Goryeo iaitu Raja Gongnim mengahwini puteri kerajaan Yuan iaitu Puteri Nojuk.  Dalam perjalanan pulang ke Goryeo dari Yuan, rombongan mereka telah diserang hendap.  Dalam serangan tersebut permaisuri Nojuk telah di kelar di leher oleh penyerang.  Permaisuri dalam keadaan kritikal.  Keadaan tersebut tidak mampu ditangani oleh tabib diraja kerana ia di luar kemampuan beliau. 



Dalam keadaan mencemaskan itu, penasihat diraja berkata ada seorang yang mampu memulihkan permaisuri, tetapi Tabib tersebut tiada di Goryeo.  Tabib tersebut berada di syurga.  Untuk kesana, seseorang harus melalui portal untuk ke syurga.  Penasihat menuinjukkan kepada Raja Gongnim portal tersebut.  Raja telah mengarahkan pengawal diraja iaitu pengawal peribadi beliau untuk ke "syurga" dan membawa balik tabib tersebut dengan segera.

Portal tersebut sebenarnya bukan membawa Choi Young ke syurga tetapi ke masa hadapan.  Setelah keluar dari portal tersebut, Choi Young segera mencari tabib seperti yang digambarkan.  Beliau berjaya menjumpai seorang perempuan iaitu Eun-soo yang mampu menyelamatkan Permaisuri dengan melakukan ujian iaitu mencederakan seseorang sama seperti kecederaan Permaisuri dan Eun-soo berjaya melakukannya. 

Eun-soo telah dibawa secara paksa masuk melalui portal dan pergi se zaman silam.  Di sana Eun-soo telah diarahkan untuk memulihkan Permaisuri.  Eun-soo telah berjaya memulihkan Permaisuri dan Permaisuri pulih seperti sedia kala.  Melihat keadaan itu, Eun-soo telah diarahkan tinggal di Goryeo kerana kebolehan yang ada pada Eun-soo belum pernah ada di Goryeo dan mungkin khidmat beliau akan diperlukan lagi akan datang. 

Apakah yang akan terjadi kepada Eun-soo seterusnya??  Adakah beliau berjaya pulang ke tempat asal beliau?? Apakah cabaran-cabaran yang akan dihadapi beliau semasa berada di Goryeo??  Silalah tonton drama ini sama ada di Viu atau Iflix.  Pasti anda akan puas hati.

Bagi peminat cerita-cerita Korea pasti telah menonton drama inilama dulu
.  Bagi yang baru berjinak-jinak dengan cerita-cerita Korea, ini adalah salah satu cerita yang saya cadangkan untuk di tonton dahulu sebelum cerita-cerita lain.  Selamat menonton.