Saturday 31 August 2013

Lemah kawalan kencing (Inkontinens)

Secara umunya, pundi kencing boleh menampung sehingga 500 mililiter air kencing.  Apabila jumlah air kencing bertambah, pundi kencing akan mengembang secara perlahan-lahan dan kebanyakan kita akan merasa ingin membunag air kecil apabila pundi kencing berisi separuh penuh (kira-kira 250 mililiter).  Apabila pundi kencing perlu dikosongkan, otot dinding pundi kencing mengecut dan otot pada uretra berehat.  Ketika ini air kencing dapat dikeluarkan.

Bagi orang dewasa, kebiasaannya pembuangan air kecil boleh dikawal dan dilakukan pada masa dan tempat yang sesuai.  Kekerapan pembuangan air kecil berbeza mengikut individu.  Pada umumnya apabila perlu pergi ke tandas melebihi 8 kali dalam tempoh 24 jam, ia dianggap tidak normal dan kemungkinan besar mereka mengalami masalah inkontinens.

Inkontinens atau lemah kawalan kencing adalah merujuk kepada masalah pembuangan air kecil yang tidak terkawal.  Ia pasti mengganggu kelancaran kehidupan harian kepada pengidapnya terutama apabila meninggalkan rumah untuk aktiviti sosial seperti pergi ke kenduri kendara, menonton wayang, pergi ke Dataran Merdeka untuk menyambut Hari Kemerdekaan dan sebagainya.  Masalah ini makin dirasai apabila sukar mencari tandas di kawasan tersebut.

Tuesday 27 August 2013

Denggi


Denggi adalah salah satu penyakit yang amat ditakuti kerana penyakit ini boleh membawa maut.  Virus denggi ini boleh tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes betina yang membawa virus denggi.  Ia adalah penyakit bermusim dan sering menyerang selepas musim hujan di mana pada ketika ini terdapat banyak tempat air bertakung dan lopak air terbentuk yang meningkatkan tempat pembiakan nyamuk. 


Selepas digigit oleh nyamuk Aedes betina yang membawa virus denggi, virus ini akan terpendam selama 3 hingga 14 hari sebelum menunjukkan simptom awal yang tidak khusus seperti mengalami demam yang tidak kebah selepas beberapa hari, suhu badan yang tidak menentu dan timbul bintik-bintik merah seakan-akan terkena gigitan nyamuk di seluruh badan.


Denggi boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:

1.  Demam denggi
  •  Ini adalah yang paling kerap berlaku.  Ia bermula dengan demam mengejut di susuli dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias), sakit pinggang yang teruk dan gatal-gatal. 
  • Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah.  Pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. 
  • Tanda pada kulit yang yang biasa berlaku ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal.
  • Kemungkinannya juga akan terdapat gabungan simptom seperti gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. 
  • Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Sunday 25 August 2013

Kembali langsing selepas perayaan

Kebiasaannya, apabila perayaan kita akan makan pada tiap-tiap rumah yang kita kunjungi.  Hari Raya Aidilfitri sebagai contoh, kebiasaan makanan yang dihidangkan adalah rendang, kuah kacang, kek, kuih raya dan sebagainya.  Semua makanan ini mengandungi jumlah lemak yang tinggi.  Kebanyakan rumah juga menghidangkan minuman bergas yang mengandungi kandungan gula yang tinggi yang menymbang kepada kenaikan berat badan.  Jika dalam sehari 10 rumah yang kita kunjungi, sepuluh kali jugalah kita makan dan minum.  Itu tak termasuk makan di rumah sendiri lagi.  Oleh itu tak hairanlah jika kebanyakan dari kita mengalami kenaikan berat badan. 

Jika berkunjung kerumah saudara mara dan rakan taulan, jika tak menjamah hidangan, tak baik jugakan!!  Kecik hati tuan rumah nanti.

Walaubagaimanapun jangan risau.  Di sini saya ingin memberikann sedikit tips untuk mengurangkan kerisauan anda semua.  Ianya adalah seperti berikut:
  1. Untuk memasak dirumah sendiri, gunakan minyak zaitun untuk menumis dan menggorang.  Minyak zaitun tidak mengandungi lemak tepu.  Minyak zaitun juga mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan anda.

Ayam Serai

Bahan-bahan:
500 g dada ayam, dihiris
5 sudu besar Susu Isian Sejat

Sos cili manis

Bahan-bahan yang dikisar:
5 tangkai serai
1 biji halia sebesar ibu jasi
4 ulas bawang putih
4 sudu besar sos ikan
4 sudu besar gula (dikisar)

Cara penyediaan:
  1. Perapkan ayam dengan bahan-bahan yang dikisar dan susu isian sejat selama 1 jam.
  2. panaskan 4 sudu besar minyak masak dan gorengkan ayam sehingga berwarna kuning keemasan (memerlukan 4 - 5 minit)
  3. Bolehlah dihidangkan bersama sos cili manis.

Friday 23 August 2013

Perancangan perbelanjaan untuk percutian

Meluangkan masa bercuti bersama keluarga dan anak-anak adalah perkara yang positif dan memberikan kegembiraan dan memori indah kepada anak-anak terutama kanak-kanak.  Anak kecil yang mana yang tidak akan menunjukkan reaksi dan keterujaan apabila diberitahu oleh ibu bapa mereka yagn mereka hendak pergi bercuti.

Untuk memastikan percutian keluarga anda berjalan lancar.  Perancangan yang teliti adalah diperlukan terutama perancangan kewangan.  Rancanglah percutian yang sesuai dengan budget anda.

Berikut adalah beberapa tips yang saya yang saya fikir bermanfaat untuk dikongsikan bersama pembaca iaitu:

1.  Perancangan awal
  • Pilihlah destinasi dan tarikh percutian beberapa bulan sebelum pergi bercuti.  Ia adalah amat penting agar anda boleh menganggarkan kos perbelanjaan keseluruhan. 
2.  Pakej promosi
  • Untuk mengurangkan kos perbelanjaan, anda boleh bercuti ketika adanya pakej-pakej promosi.  Pakej-pakej promosi ini boleh anda dapati dari syarikat-syarikat pelancungan dan syarikat penerbangan.  
  • Sebagai contoh, untuk penerbangan ke Lombok Indonesia dari 1 November 2013 hingga 23 Januari 2014, Air Asia mengadakan promosi tambang murah dari Kuala Lumpur ke Lombok serendah RM199.00 sahaja.  Untuk mendapatkan tambang rendah tersebut, tempahan harus dibuat dari sebelum 18 Ogos 2013. 

Thursday 22 August 2013

Kekejangan otot dan cara mengelakkannya


Kekejangan pada otot kaki yang terjadi terutamanya pada waktu malam adalah amat menyakitkan.  Ianya berlaku apabila bahagian kaki terutamanya betis rasa sakit yang mencengkam.  Ia boleh berlaku pada bila-bila masa terutama pada waktu malam ketika tubuh dalam keadaan tenang. Masalah kekejangan otot pada waktu malam ini meningkat seiring dengan peningkatan usia dan mengganggu tidur seseorang.

Wanita mengandung juga mempunyai pelung tinggi untuk mengalami kekejangan otot terutama ketika usia kandungan mencecah trimester kedua.


Menurut pakar perubatan iaitu Dr. David Katz iaitu pengasas Pusat Kajian Pencegahan Penyakit di Universiti Yale, Amerika Syarikat, masalah kekejangan kaki berasal dari otot betis yang kadangkala membawa ke bahagian kaki dan peha.  Puncanya tidak dapat dipastikan, tetapi pada amnya ia berkaitan dengan masalah saraf dan keletihan pada otot.

Kekurangan sumber mineral seperti kalium (potassium), kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk kontraksi dalaman juga boleh menyebabkan keterujaan pada saraf meningkat  yang menyumbang kepada kekejangan otot.  

Wednesday 21 August 2013

Jangkitan kuman "toxoplasmosis gondii" dan kaitannya dengan keguguran kandungan serta puncanya

Penjagaan kesihatan dan kebersihan diri dan penjagaan pemakanan semasa mengandung adalah amat penting bagi memastikan kandungan anda selamat dan sihat.  Jangkitan kuman "toxoplasmosis gondii" (toxoplasma) adalah sangat merbahaya dan boleh menyebabkan keguguran.

Menurut artikel yang diterbitkan di Harian Metro Selasa 20 Ogos 2013 yang ditulis oleh Dr. Norman Mohd Norawi, ada tiga punca utama jangkitan kuman ini terhadap wanita mengandung iaitu daging separuh masak atau mentah yang tercemar, dari kucing yang dijangkiti kuman tersebut atau dari tikus.

Semasa mengandung pastikan anda makan makanan yang benar-benar masak bagi mengelakkan risiko mendapat jangkitan kuman tersebut melalui makanan.


Jangkitan dari kucing pula adalah dari cakaran dan dari najis kucing tersebut. Jangkitan tidak akan berlaku dari sentuhan biasa seperti membelai kucing atau membiarkan kucing tersebut duduk di pangkuan anda.

Walaupun kucing boleh menjadi pembawa kuman toxoplasma, peratusan kucing peliharaan menyebabkan jangkitan kuman ini adalah sangat rendah kerana mereka bukan pembawa semulajadi kuman ini.  Jangkitan mungkin berlaku jika kucing peliharaan bergaul dengan kucing liar atau terpijak najis kucing liar ataupun berkemungkinan kucing tersebut memakan tikus atau daging mentah yang tercemar dengan kuman tersebut.

Kucing liar pula mempunyai peratusan yang lebih tinggi dari kucing peliharaan kerana faktor makanan dan persekitaran tempat tinggal kucing liar yang kebiasaannya kotor.