Tuesday, 16 October 2012

Hebatnya perniagaan Haniz Rich Frozen

Saya mengenali pemilik syarikat Haniz Rich Frozen iaitu Yuhaniz Mohd Satari dah lama kerana beliau adalah adik ipar saya.  Beliau telah menceburi berbagai-bagai jenis perniagaan sebelum ini iaitu seperti perniagaan menjual baju menggunakan katalog, menjual kuih raya, menjual korset kesihatan dan berbagai-bagai lagi.  Setiap kali beliau memulakan perniagaan baru, selalunya beliau akan menjual produk tersebut kepada saya.  Semua perniagaan tersebut biasa-biasa saja.

Pada suatu hari iaitu dalam tahun 2012 ini juga beliau telah menubuhkan syarikat Haniz Rich Frozen dan memulakan perniagaan dengan menjual Pau Power.  Pau Power adalah sejenis makanan sejuk beku.  Beza pau ini dari pau yang lain ialah ia mengandungi fiber iaitu satu bahan yang di ketahui ramai baik untuk kesihatan kerana ia baik untuk sistem penghadaman dan juga berfungsi menyerap lemak.  Ianya juga gebu dan mempunyai rasa yang sedap.

 Pau Power dijual dalam keadaan sejuk beku. Ia mempunyai empat jenis inti iaitu inti kacang, inti kaya, inti ayam dan indi daging.  Cara memasaknya sungguh mudah dan menjimatkan masa.  Apa yang anda perlu buat adalah mengukus dalam 15 ke 20 minit dan ia sedia untuk dimakan.  

Dari sehari ke sehari saya lihat perniagaan beliau  semakin  maju dan sambutan untuk pow power sungguh menggalakkan.  Kini  produk syarikat beliau semakin bertambah.  Selain dari pau, kini beliau juga menjual karipap, samosa, otak-otak popia, pie ayam dan cendawan, roti jala, chicken chop dan berbagai-bagai lagi.

Perniagaan wanita cekal ini kali ini berkembang maju dengan sangat cepat dan saya sungguh kagum dengan beliau.  Setelah ditanya bagaimana perniagaan beliau begitu berjaya kali ini, beliau mengatakan bahawa beliau mengamalkan teknik Marketing Power yang dipelajarinya dari seminar Motivator terkenal iaitu Dr. Azizan. InsyaAllah saya juga akan menertai Seminar yang akan diadakan oleh Dr. Azizan nanti. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang perniagaan beliau ini, boleh la layari facebook beliau iaitu https://www.facebook.com/yuhanizms .  Semoga perniagaan beliau akan terus maju dan berkembang.

Untuk mendapatkan produk yang enak dan sedap ini sila hubungi pemilik perniagaan ini iaitu Haniz di :  019-3190464 / 019-3190466 / 03-78316564


No comments: