Sunday 27 February 2011

Sembilan rahsia kekalkan berat badan ideal

Untuk mengekalkan berat badan ideal bukanlah perkara mudah. Berat badan seringkali turun naik umpama yoyo, berat badan turun sedikit dengan segala usaha susah payah, tetapi berat badan naik amat mudah sekali apabila kita meninggalkan sebentar usaha untuk berdiet dan senaman.  Dibawah ini saya sediakan tips-tips yang diharap dapat membantu anda dan diri saya sendiri dalam mengawal berat badan.

1.  Berhenti sebelum kenyang
Setiap kali berdepan dengan makanan yang menyelerakan, setkan dalam minda anda untuk makan mengikut keperluan sahaja dan bukan mengikut selera dan kehendak.  Amalkan mengunyah makanan dengan perlahan-lahan dan kawal selera anda dan berhentilah makan sebelum kenyang.

Friday 25 February 2011

Khasiat daun pudina

Daun pudina mempunyai banyak khasiat.  Antaranya adalah ia mampu meredakan kekejangan otot, merawat cirit-birit, melegakan deman selsema dan menghilangkan rasa loya.  Ini adalah kerana daun pudina bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus.

Amalan memakan daun pudina dapat merangsang pengeluaran peluh.  Daun pudina yang dijadikan ubat sapu dapat merawat sakit kepala, selsema dan sakit-sakit badan.  Daun pudina yang dijadikan minyak pula dapat mengatasi rasa mual dan meningkat daya penumpuan.

Thursday 24 February 2011

Jus tembikai hapuskan toksin

Dengan mengamalkan meminum jus tembikai akan dapat membantu melancarkan pengaliran darah.  Ia juga dapat membantu menghapuskan kesan-kesan toksin dalam darah.  Ia amat bermanfaat bagi pengidap artritis, gout serta individu yang mengalami keracunan uremik yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam tubuh.

Jus tembikai juga mempu memberi tenaga dan kekuatan pada warga emas.  Ia juga mampu memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi individu yang baru menjalani pembedahan.

Wednesday 23 February 2011

Khasiat jambu batu

Jambu batu mengandungi banyak khasiatnya bermula dari buah hinggalah ke akarnya.  Ianya juga sering menjadi salah satu ramuan dalam bidang perubatan dan kecantikan.  Antara manfaat jambu batu adalah:

1.  Luka
Untuk mengubati luka, ambil beberapa helai daun jambu batu kemudian cuci dan giling hingga lumat.  Selepas itu tempelkan pad aluka dan balut dengan kain.  Tukar kain pembalut dan ramuan daun jambu sebanyak tiga kali sehari sehingga luka sembuh.  Air rebusan daun dan kulit batang jambu batu juga boleh digunakan untuk mencuci luka kerana daun dan kulit batang jambu batu mengandungi zat anti bakteria yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Tuesday 22 February 2011

Khasiat dalam sebiji epal

Terdapat dua jenis epal iaitu epal hijau dan epal merah.  Kedua-dua jenis epal ini mempunyai khasiat yang sama penting.  Antara khasiatnya adalah:
  1. Epal kaya dengan vitamin A, B kompleks dan C.
  2. Mengandungi serat dan kalori yang tinggi.  Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.  Ia boleh membantu dalam proses mengawal berat badan kerana serat berupaya melambatkan rasa lapar.  Kalori yang tinggi pula berfungsi memberikan tenaga.
  3. Ia mengandungi antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fotikimia.  Antioksidan ini mampu melawan radikal bebas.
  4. Purata air dalam jumlah kira-kira 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal berupaya melembabkan kulit yang kering.
  5. Kajian yang dilakukan oleh saintis British membuktikan mengunyah epal mampu mengubati sakti gigi.
  6. Penyelidik dari Jepun mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.
  7. Satu kajian mendapati mereka yang makan epal lebih dari lima biji seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat berbanding mereka yang langsung tidak memakan epal.
  8. Rasa epal yang masam-masam manis boleh mengurangkan rasa mual sekiranya perut terasa sebu.

Monday 21 February 2011

Tips hilangkan bulu ketiak

Ketika membaca tajuk topik saya kali ini, pasti ramai yang tersenyum siniskan!! He! he!.  Tetapi mungkin inilah yang anda pernah terfikir dan tercari-cari selama ini terutamanya kaum wanita.  Hmm!! petuanya begini......bagi mengelakkan bulu ketiak tumbuh kembali:

  1. Mula-mula cabut semua bulu ketiak sehingga bersih (bukan cukur). 
  2. Celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkan pada ketiak sehingga rata selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih.
  3. Lakukan beberapa kali sehingga anda lihat kesannya.

Sunday 20 February 2011

Ciku - penawar bawasir

Secara tradisional, buah ciku telah dikenal pasti amat mujarab untuk merawat masalah bawasir (buasir).  Caranya adalah dengan mengambil buah ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Minumlah bahan-bahan ini setiap hari sebelum sarapan. 

Selain untuk merawat bawasir, buah ciku juga mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit.  Sering memakan buah ciku juga dipercayai  dapat mengurangkan risiko untuk menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser.  Disamping itu, ciku juga kaya dengan gula bebas, vitamin C dan bahan mineral terutamanya kalsium.

Saturday 19 February 2011

Senaman untuk ibu mengandung

Senaman Pelvis
Senaman ini baik untuk menguatkan perut, meningkatkan fleksibiliti tulang belakang serta pelvis, dan membantu melegakan sakit belakang.  Setelah mahir posisi ini, anda juga boleh melakukannya semasa berdiri, duduk atau baring.

Langkah-langkah untuk melakukannya :
  1. Mulakan dengan melutut diatas lantai.
  2. Letakkan tangan anda diatas lantai (pastikan tulang belakang anda selari dengan lantai).
  3. Ketatkan otot perut dan punggung, dan bengkokkan pelvis anda ke depan.
  4. Hembuskan nafas anda perlahan-lahan.  Ini akan membuka tulangbelakang anda ke atas.
  5. Kekalkan posisi anda, tarik nafas dan kembali ke posisi asal anda.
  6. Lakukan beberapa kali.

Mee jawa


Bahan-bahan
  • 600 gram udang hidup
  • 37.5 gram cili serbuk
  • 150 gram tepung gandum
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu jintan manis
  • 1/2 sudu jintan putih
  • 2 cm halia
  • Tomato sos dan halba
  • sedikit daun sup dan daun bawang
  • Sedikit garam
Cara membuatnya
  1. Udang direbus dengan serbuk cili dan garam
  2. Keluarkan udang, biarkan airnya.  Tuangkan sos tomato, halba dan bancuhan tepung.  Kacau perlahan.
  3. Panaskan minyak, tumis bawang serta rempah-rempah yang tinggal.
  4. Tuangkan tumisan ini ke dalam air udang tadi bersama minyaknya sekali.
  5. Masukkan daun sup dan daun bawang kedalam kuah mi jawa ini.
  6. Hidangkan dengan mi kuning.

Thursday 17 February 2011

Susu untuk ibu mengandung

Mengamalkan diet yang bernutrisi dan seimbang semasa mengandung adalah penting kepada kesihatan si manja dan anda.  Menambah menu harian dengan meminum susu untuk ibu mengandung adalah salah satu cara untuk mendapatkan nutrisi-nutrisi yang diperlukan.  Semasa memilih susu anda harus memilih susu yang mengandungi zat-zat seperti berikut:

Siakap kukus taucu


Bahan-bahan:
  • 3 gram cili padi (dipotong)
  • 5 gram cili merah (potoang nipis)
  • 5 gram saderi (potong nipis)
  • 3 gram bawang putih (dimayang)
  • 3 sudu kecil taucu
  • 3 sudu kecil sos soya (kicap)
  • 3 biji buah plum
  • 30 gram gula
  • 1 ekor ikan siakap

Cara membuatnya:
  1. Bersihkan ikan dan potong nipis.
  2. Susun kepingan ikan yang telah dipotoang tersebut di atas pinggan.
  3. Taburkan semua bahan di atas ikan.
  4. Kukus sehingga ikan masak.
  5. Sedia untuk dihidang.

Wednesday 16 February 2011

Khasiat tembikai susu - ideal untuk diet

Khasiat tembikai susu :
  1. Mengandungi potassium.  Pottasium mampu mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh.
  2. Bebas lemak, bebas kolesterol dan rendah sodium.  Ciri-ciri ini dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.
  3. Kandungan air yang banyak di dalam tembikai susu mampu membantu melembabkan kulit  dan membuatkan individu bertenaga walaupun di dalam cuaca panas.
  4. Mengandungi vitamin C yang tinggi.  Kandungan vitamin C ini dapat membantu mencantikkan kulit dan menyihatkannya.  Ia juga mampu melindungi diri individu daripada serangan penyakit.
  5. Ia mengandungi provitamin A, zink dan enzim-enzim penghadaman yang berkualiti.  

Asam laksa


Bahan-bahan:
  • Laksa secukupnya (rebus)
  • 3 kuntum bunga kantan
  • 100 gram daun kesum
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 50 gram bawang merah (dikisar)
  • 5 gram cili padi
  • 5 gram cili kisar
  • 3 ekor ikan kembung
  • 1 tin ikan sardin
  • 1 tin otak udang
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan hiasan:
  • Timun (di mayang)
  • Nenas (di hiris)
  • bawang besar (dikisar)
  • Daun pudina
  • Cili merah (dikisar)
  • Otak udang
Cara membuatnya:
  1. Rebus ikan kembung dan buang tulangnya.  Kemudian kisar isi ikan tersebut bersama ikan sardin sehingga hancur.
  2. Tumis bawang merah dan cili kisar sehingga wangi.
  3. Masukkan 2 liter air dan biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan ikan yang telah dikisar tadi.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Sedia untuk dihidang.

Monday 14 February 2011

Tips untuk menjadi bapa yang disayangi

Untuk menjadi bapa yang dihormati dan disayangi oleh anak-anak, ia bukan datang begitu sahaja.  Ia harus disertai dengan tingkah laku dan usaha yang berterusan.  Jangan sesekali menganggap bahawa dengan hanya memberikan kesenangan dari segi kebendaan dan limpahan wang ringgit, kasih sayang dari anak-anak akan terbina.  Sebagai panduan untuk disayangi dan dihormati oleh anak-anak, para bapa, terutamanya bapa baru harus mengamalkan perkara-perkara berikut:

Laksa Nyonya


Bahan-bahan:
  • 3 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 2 batang serai
  • 20 gram udang kering
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit
  • 3 kuntum bunga kantan
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 5 helai daun limau purut
  • Beberapa helai daun kesum
  • 2 mangkuk santan
  • beberapa biji tauhu cok 
  • garam secukup rasa
  • mi kuning / bee hoon secukupnya (celur)

Bahan hiasan:
  • Daun bawang yang dihiris
  • kacang panjang celur yang dipotong-potong
  • hirisan ayam / udang rebus
  • bawang goreng
  • tauge celur

Cara membuatnya:
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, serai, udang kering, lengkuas dan kunyit.
  2. Tumis bahan kisar tersebut hingga wangi dan kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daun limau purut, daun kesum dan bunga kantan yang telah dipotoang-potong.
  4. Masukkan santan dan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih.
  5. Masukkan tauhu cok dan dibiarkan sebentar sebelum memasukkan garam secukup rasa,
  6. Tuangkan keatas me kuning atau bee hoon yang telah di letakkan bahan-bahan hiasan.
  7. Sedia untuk dihidang.

Friday 11 February 2011

Tips elak sumbang mahram

Zaman sekarang ini banyak sekali kita dengar berita berlakunya sumbang mahram diantara bapa dan anak, datuk dan cucu, adik-beradik dan sebagainya.  Perkara ini adalah amat serius dan langkah-langkah untuk mengelakkan ia dari terjadi harus diambil berat.  Di bawah ini saya senaraikan di antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan berlakunya sumbang mahram:

Tuesday 8 February 2011

Lapan makanan penjana kesihatan lelaki

Dalam bab makanan, wanita memerlukan nutrien tertentu untuk proses kehamilan atau melindungi diri dari serangan kanser payu dara.  Lelaki juga begitu, mereka memerlukan makanan yang mempunyai nutrien tertentu untuk membantu mencegah kanser prostat dan sebagainya.

Pakar pemakanan American Dietetic Association, Christine Gerbstadt menjelaskan bahawa makanan yang bagus untuk sistem kardiovaskular juga berguna untuk alat reproduksi lelaki.  Di bawah ini disenaraikan lapan makanan yang bernutrisi tinggi yang sangat baik untuk lelaki:

Sunday 6 February 2011

Khasiat biji selasih

Biji selasih iaitu biji-biji kecil yang kelihatan seperti telur katak sering dicampurkan ke dalam minuman sejuk terutamanya laici kang dan juga beberapa minuman sejuk yang lain.  Adakah anda tahu, biji selasih sebenarnya juga mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia.  Di antara khasiatnya adalah:

  1. Dapat mengurangkan panas badan.
  2. Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.
  3. Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).
  4. Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.
  5. Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.
  6. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.
  7. Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.

Saturday 5 February 2011

Penjagaan diri selepas bersalin - makanan berkhasiat

Mengikut pantang larang selepas bersalin yang sering diamalkan sejak dahulu kala, banyak makanan tidak boleh dimakan semasa dalam tempoh berpantang.  Ini sebenarnya melambatkan proses pemulihan selepas bersalin kerana si ibu tidak mendapat bekalan protein, vitamin dan zat galian yang cukup untuk membantu pemulihan badan.  Ia juga akan mengurangkan penghasilan susu.


Thursday 3 February 2011

Ibu bersalin - penjagaan diri waktu berpantang

Puerperium atau masa berpantang adalah peringkat di antara kelahiran anak sehingga enam minggu selepas kelahiran.  Ia adalah masa pemulihan dimana dalam tempoh ini badan akan beransur-ansur pulih kepada keadaan tubuh sebelum mengandung.

Penjagaan diri yang baik semasa berpantang adalah sama pentingnya dengan penjagaan diri semasa mengandung.  Keadaan ibu semasa berpantang juga dipengaruhi oleh keadaan dan penjagaan diri si ibu semasa mengandung.

Tuesday 1 February 2011

Tips untuk menghaluskan kulit badan - scrub badan buatan sendiri

Beras di samping dijadikan makanan ruji orang di Malaysia, ia juga boleh digunakan untuk kecantikan kulit badan.  Caranya adalah :
  1. Ambil segenggam beras dan gorengkan ia tanpa minyak sehingga bewarna keperang-perangan.  Setelah itu kisarkan / tumbukkan ia. 
  2. Kunyit dalam anggaran sebesar ibu jari di tumbuk atau dikisar dan kemudian digaulkan bersama beras yang telah dikisar / di tumbuk tadi.
  3. Ambil sedikit asam jawa, campurkan sedikit air dan tuangkan air asam jawa tersebut ke dalam campuran tadi.
  4. Perapkan adunan tersebut selama lebih kurang 1 jam.
  5. Apabila hendak mandi, gosokkan bahan tadi keseluruhan badan dan biar selama lima minit.
  6.  kemudian mandi seperti biasa.