Tuesday 21 December 2010

Teratai - Keistimewaan dan khasiatnya

Saya pasti anda biasa mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Ramli Sarip mengenai bunga teratai.  Diantara bait-bait lirik lagunya adalah: " Oh teratai bunga indah, engkaulah pujaan hatiku, telah lama aku rindukan, oh teratai bunga indah."

Selain ia adalah bunga yang dipuja oleh Ramli Sarip, ramai yang tidak tahu bahawa teratai sebenarnya banyak kelebihan dan khasiat.  bermula dari bunga, ubi, biji dan daun teratai sebenarnya boleh dimakan dan mempunyai banyak khasiat.



Buah teratai boleh dimakan mentah atau dicampur kedalam minuman seperti laici kang.  Ubi teratai boleh dimakan, kebiasaannya dibuat sup atau di kukus.  Pucuk dan daun mudanya pula boleh dicelur, dikukus atau digoreng sebagai hidangan makanan.

Teratai mengandungi banyak khasiat kerana ia kaya dengan mineral, asid amino dan asid askobik yang penting untuk kesihatan kulit.  Ia juga mampu menyembuhkan pelbagai penyakit iaitu seperti:
  1. bengkak usus, hidung berdarah, sakit dada, pitam dan panas badan - Daun teratai hendaklah direbus dan airnya diminum dua kali sehari iaitu di waktu pagi dan petang. 
  2. cirit-birit - rebus biji teratai yang sudah masak dan minum airnya.
  3. kencing berdarah, pendarahan pada sistem pernafasan dan haid terlalu lama - amalkan meminum air rebusan ubi teratai dua kali sehari sebelum makan.
  4. kurap - amalkan meminum air rebusan kelopak bunga teratai.
  5. keputihan - amalkan meminum air rebusan biji teratai.
Ramai yang tidak sedar akan kelebihan teratai dan hanya membiarkannya tumbuh di atas air kerana ia tidak sewangi bunga mawar dan lain-lain.  Ia bunga yang seakan di anak tirikan.  Di harap dengan artikel ini akan menaiktarafkan bunga teratai sama seperti bunga-bunga lainnya.

7 comments:

NURUN said...

TQ FOR THAT INFO. sbelum ni dgr org cine je slalu mkn bunga teratai ni~

AzianKhalil said...

buat semak tasik jer...

ozzy said...

Salam...

Info yg sgt berguna..tq for sharing

geekz36 said...

suka lagu teratai by ramli sarip. tak puas dengar

Trx said...

pas ni nk bg bunga kat orang tsayang..bg teratai pon ok gak..tq 4 the info.

Anonymous said...

I LIKE TERATAI..CZ FB SY POWN TERATAI ICELAND...HUHUHU

Anaknda Bertuah said...

Ya teratai memang banyak khasiat dan sgt istimewa...
Terima kasih atas info ini.