Friday 10 December 2010

Haid dan senggugut

Haid atau datang bulan adalah perkara normal bagi semua wanita yang telah akil baligh.  Sebelum dan semasa kedatangan haid, ia sering diiringi oleh mengantuk yang lebih dari biasa, perut terasa tegang dan memulas, penat yang lebih dari biasa, jerawat, perubahan nafsu makan dan perubahan emosi.  Meskipun perkara ini berlaku tiap-tiap bulan dan ia akan hilang bila habisnya tempoh haid, ianya mengganggu aktiviti harian.  Ada pendapat yang mengatakan perkara ini terjadi kerana perubahan hormon dalam tubuh iaitu ketidak seimbangan antara hormon estrogen progesteron.  


Selain dari gangguan seperti di atas, ada di kalangan wanita juga mengalami senggugut iaitu keadaan sakit yang melampau ketika haid.  Senggugut adalah perkara lumrah yang sering dilalui oleh wanita.  Hampir 70 peratus wanita di dunia mengalami perubahan fizikal dan psikologi sebelum dan semasa didatangi haid.


Terdapat dua jenis senggugut iaitu:

Senggugut utama
Senggugut utama terjadi akibat penghasilan hormon prostaglandin pada dinding rahim secara berlebihan.  Hormon ini menyebabkan pengecutan otot rahim. Biasanya berlaku kepada wanita remaja pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.  Ia boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit.

Senggugut sekunder
Senggugut sekunder terjadi adalah diakibatkan oleh masalah penyakit pelvis seperti endometriosis, pendarahan dan jangkitan kronik di dalam perut.  Senggugt jenis ini kebiasaannya dihadapi oleh wanita yang lebih dewasa.  Kesakitan dari senggugut jenis ini berlarutan sehingga tempoh kedatangan haid.

Cara mengurangkan kesakitan senggugut
Senggugut boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat dan perubahan cara hidup seperti:
  1. Jauhi minuman berkafein dan beralkohol seperti soda, kopi, teh dan coklat beberapa hari sebelum kedatangan haid.  Minuman berkafein mempengaruhi sistem saraf wanita.
  2. Mengambil makanan yang berkaborhidrat tinggi beberapa hari sebelum dan semasa haid kerana kajian menunjukkan makanan yang berkabohidrat tinggi boleh membantu penghasilan hormon serotonin yang dapat mengurangkan perubahan mood dan gangguan tidur.
  3. Melakukan senaman yang lebih agresif dari biasa seperti aerobik, jogging dan lain-lain yang boleh meninggikan jumlah denyutan jantung.  Ianya mampu dalam menghasilkan lebih banyak hormon endorfin yang boleh membantu mengurangkan masalah yang dihadapi ketika haid.
  4. Mengurangkan tidur ketika haid juga dapat membantu dalam mengurangkan kesakitan sengugut.
  5. Mengurangkan pengambilan garam dan makanan masin.  Mengikut kajian University of Philadelphia, garam boleh menyebabkan penahanan air dan pembengkakan pada perut yang mengakibatkan perut kembung dan sakit.
  6. Banyakkan minum susu.  Minum sebanyak 1000mg susu sehari dapat membantu mengurangkan kejang perut.   Kalsium yang terkandung dalam susu tersebut juga dapat membantu tubuh untuk menghasilkan hormon endorfin yang mampu menenangkan perasaan.
  7. Amalkan makan makanan yang mengandungi vitamin B6 seperti hati dan ikan tuna.  Vitamin B6 ini telah terbukti dapat membantu mengawal pengeluaran hormon serotonin.  Kurangnya pengeluaran hormon ini dapat membantu menjauhkan perasaan tertekan, memulihkan mood serta memulihkan nafsu makan.
Janganlah jadikan senggugut sebagai penghalang kegiatan harian anda.  Anda mampu mengawalnya.

Buku dan produk berkaitan tajuk ini :
The Smart Woman's Guide to PMS and Pain-Free Periods

You Can Beat Period Pain (Robinson Family Health Series)
WSN® Painful Menstruation Relief Formula for Period Pain and Cramps
Curing Premenstrual Tension Naturally - How To STOP Mood Swings, Headaches, Muscle, Diarrhea, Cramps, Bloating, Acne, Breast Sensitivity, Food Cravings ... Leading Up To Your Period! Mission-Surf
WSN® Painful Menstruation Relief Formula for Period Pain and Cramps

24 comments:

NuSaNa NoSa 91 said...

thanx cempaka sbb share tips nih~~ ^_^

kiz said...

nak share sama leh tak???

Izzati Farhana said...

nice infos.. tnx share.. :)

Cik TeN10 said...

ohh baru sy tau..thanks dgn tips ni ya!!Byak membantu sy! (",)

fya zainal said...

owhh x suka bila senggugut time period
thnx tips

genuine1224 said...

hmm..xsuke,klau senggugut satu keja pun xleh buat..duduk ke tidur ke smua xkena

Yuni Aisyah said...

sengugut time period amat x suke...huhu...

misz myza said...

Alhamdullilah.. xde la sengugut yang teruk setakat ni... sakit sikit tu ade la..

aliza zeke said...

amat saket bile senggugut nie dtg..
thanks share info :)

Kak Mahh said...

Rehat kaum wanita.
Akak sekarang sdg ride bersama suami di Indonesia,now hr ke 2 kami di Banda Aceh,tq...baca blog insyaallah entry br tetap ada walau kami berada di luar.jgn jemu berkunjung...

: husna : said...

tq for the info...
selalu mgalami masalah ni.kalau kena sah2 ponteng kuliah..

CaDLyNN said...

alhamdulillah saya jarang kene senggugut..thanks for sharing the info

Cik SHiNJU said...

Mmg tgh senggugut pun nih..
Sapu krim panas...adehhh

ladymiss said...

wah thanks sis! saye senggugut teruk sangat first day. memang pejam jelah mate tapi takleh tidur. tak tau dah nak buat cemane. btw, info ni sangat berguna, makan tuna and minum susu! hehe.

abid_PM said...

tak tau macam mana sakit senggugut. sakit sangat kee? sampai boleh pitam??

nisa said...

thanks for the info,kupasan yg menarik,saya pun xsuka bila time period...coz nk wat kerja susah n mudah sangat moody...hurmm

misSbLurRy said...

xpenah kene......so xtau mcmana rasa...

org kata jgn minum air sejuk juga kan...byk minum panas2,,,bg pengaliran darah sempurna...

hazwani yusof said...

haid buat saya rasa nak menangis :|

Unknown said...

skrg ni slalu mengantuk, badan letih, emosi pon x stabil, perot pon dok memulas..apakah??? takkan datang bulan jugak..haish~

n.hasleena said...

salam...
senggugut yang teruk kdg kala terpaksa bergantung kpd pain killer tapi tidak elok diamalkan... tapi kdg kala mgkn hari pertama dan kedua senggugut tersebut...apa2 pun sebaiknya dikawal...
Thanks for sharing cempaka :)

Rina Rossoneri said...

kita cuma masalah jerawat je..suka dtg seminggu sebelum haid

Freaky F said...

tips yg bgs..
rossoneri:saya jerawat slalu ja dtg heehe..

Hr said...

salam ziarah.hee~info bgus ni.sy sume2 ader..haha

zuanxi said...

n3 bagus ni... moga2 bulan xde la pening kepala. hehe
hargai wanita disisi anda